berita

Tahu Wujud Video Panas 2 Tahun Lalu, Syafiq Kyle Mengaku ‘Mungkin Pernah Kenal’ Mira

May 30th, 2018 | by faris
Isu & Kontroversi

Kontroversi penularan video panas mirip pelakon kacak Syafiq Kyle mendapat liputan luas media beberapa hari kebelakangan ini.

Artikel berkaitan: ‘Tidak Benar’ – Syafiq Kyle Akhirnya Jawab Isu Video Lucah & DM Di IG

Syafiq semalam mengeluarkan kenyataannya mengenai hal tersebut semalam menerusi media sosialnya.

Sedar wujud video tak tahu kesahihan

Menurut pelakon drama Nur ini, dia sedar mengenai adanya video itu pada 2 tahun lepas lagi, namun mengakui tidak pasti mengenai kesahihannya.

Saya hanya mendapat bayangan tanpa tahu kesahihannya. Apabila saya tahu hal ini sudah tular hingga didagangkan, saya tak pasti dan tak sedar. Ini kerana bukan sepanjang masa saya ‘menggodek’ (membelek) telefon bimbit.

Tambahnya, dia mungkin pernah mengenali individu yang terbabit dalam video berkenaan yang bernama Mira berkenaan, namun memilih untuk tidak memanjangkan isu ini.

Mungkin kami pernah kenal. Tetapi saya tidak mahu memanjangkan perkara ini.

Tak ambil pot screenshot

Selain video panas berkenaan, turut tersebar juga adalah screenshot perbualan dipercayai Syafiq dengan seorang lelaki di Instagram. Antara lain, butir perbualan itu adalah pelakon ini merayu supaya lelaki berkenaan memadamkan video itu.

Namun, dia tidak ambil kisah mengenai hal ini kerana ternyata ianya adalah diedit semata-mata.

Saya fokus kepada isu video dan apabila timbul hal screenshot ini, saya membiarkan isu berkenaan dikendalikan pihak pengurusan. Saya tak ambil ‘pot’ (kisah) isu paparan skrin kerana ia tidak benar dan memang benarlah ia disunting.

Tak kisah kalau orang tak puas hati

Pelakon yang mula dikenali menerusi drama Tanah Kubur ini juga mengatakan tujuan dia membuat sidang media adalah untuk menghormati bulan Ramadan. Dia juga tidak kisah jika ada pihak tidak berpuas hati dengan jawapan diberikannya.

Objektif saya mengadakan sidang media ini adalah untuk meneruskan kehidupan dan menghormati Ramadan. Saya adalah insan yang bertanggungjawab untuk memanjang atau memendekkan isu ini. Saya memilih untuk menghentikannya.

Terpulanglah apa orang lain mahu fikirkan tetapi ini jawapan saya. Tak kisah jika ada yang tidak puas hati dengan jawapan ini atau sebaliknya. Saya bersyukur dan menghargai dugaan ini yang lebih mematangkan saya.

Tambahnya lagi, ujian yang melanda dirinya ini adalah yang paling besar dihadapinya setakat ini. Malahan, insiden itu membuatkan ibunya menangis bila mendapat penularan video berkenaan.

Saya melihat apa yang berlaku sebagai dugaan yang paling besar sepanjang berkecimpung sebagai anak seni. Ia membabitkan nama dan maruah keluarga. Malah, emak saya menangis bila dapat tahu mengenai isu video tular terbabit.

Sumber: Berita Harian

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×