berita

Tak Guna Punya Bapak…

July 17th, 2018 | by faris
Kini Trending

Kes penderaan bayi dan kanak-kanak menjadi topik hangat apabila bayi 5 bulan Adam Rayqal ditemui mati di dalam peti sejuk baru-baru ini. Tidak hanya orang luar seperti pengasuh yang menjadi pemangsa, ahli keluarga juga berpotensi untuk mencederakan kanak-kanak dan bayi.

Seorang bayi didera teruk oleh bapanya sendiri sehingga mendorong si ibu melaporkan kejadian tersebut kepada pihak berkuasa.

Gigit kepala anak sampai lebam

Gambar hiasan

Bapa kejam tersebut sanggup menggigit kepala anaknya yang berusia 20 hari hanya kerana bayinya itu selalu menangis! Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, lelaki berusia 34 tahun itu telah menggigit kepala bayi perempuannya sehingga meninggalkan kesan lebam.

Selain itu, suspek juga sering melambung dan menggantung bayi di buaian sehingga jatuh ke lantai. Katanya, lelaki berkenaan bertindak sebegitu kerana bayinya kerap menangis pada malam 11 Julai lalu.

Susulan itu, lelaki berkenaan ditahan polis kira kira jam 7.50 malam dalam Ops Cantas di perkarangan Hospital Kepala Batas selepas polis menerima laporan daripada isterinya.

Suspek positif dadah

Gambar hiasan

Tambah mengejutkan, menurut isteri suspek didakwa pernah menggertak mahu menjual anak mereka itu. Menurut Noorzainy, isteri suspek membuat laporan kerana bimbangkan keselamatan anak-anak mereka yang sering dipukul suspek.

Suspek juga didapati positif dadah dan kes kini disiasat mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak – Kanak 2001. Suspek direman hari ini di Mahkamah Butterworth untuk siasatan lanjut.

Sumber: Astro Awani
The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×