berita

‘Tak Halang Dato’ Vida Jadi Menantu’ – Ibu PA Dato’ Vida Beri Lampu Hijau

October 19th, 2017 | by faris
Isu & Kontroversi

Setelah tersebarnya perkhabaran pembantu peribadi Dato’ Seri Vida yang kacak, Ahmad Iqbal Zulkefli, anak jutawan kosmetik berkenaan yang dikenali sebagai Cik B membuat pos Instagram seakan memprotes ‘hubungan’ jejaka itu dengan ibunya.

Artikel berkaitan: ‘Dia Tu Nak Perhatian Je, Saya Takkan Benarkan’ – Cik B

Namun bagi ibu kepada Iqbal, Maznuni Che Yusof berkata, dia tidak menghalang jika ditakdirkan anak terunanya itu berjodoh dengan Dato’ Vida.

Tak halang Dato’ Vida jadi menantu

Saya tidak akan menghalang jika ditakdirkan Dato’ Seri Vida ditakdirkan menjadi menantu. Soal jodoh adalah ketentuan Allah, yang penting menjaga amanah yang diberikan Dato Vida. Saya tahu Iqbal anak yang baik, jika ada jodoh antara mereka adalah.

Bagaimanapun menurut Maznuni, hubungan Iqbal dan wanita itu tidak lebih dari sekadar pekerja dan majikan sahaja. Dia juga mengakui tidak terkesan dengan cakap-cakap orang kerana dia sebagai ibu lebih mengenali anaknya itu.

Iqbal tak mahu ambil kesempatan

Tidak tahu bagaimana cara untuk luahkan bahawa kehadiran saya di sisi Dato Vida bukanlah kerana mahu mengambil kesempatan. Buat apa mahu larikan hartanya kerana akhirnya kita akan mati jua.

Menurut laporan Berita Harian, Iqbal berkata dia tidak mahu mengambil kesempatan terhadap jutawan yang terkenal dengan gaya dan penampilan unik itu.Ujarnya lagi, keluarga Dato’ Vida sendiri pun tidak menggalakkan wanita itu kahwin lagi kerana kegagalan rumahtangganya sebanyak tiga kali sebelum ini.

Sumber: Berita Harian , Ahmad Iqbal Zulkefli

 

SKIP THIS AD ×