berita

‘Tak Payah Membongak!’ – Dakwa Bidan Boleh Masukkan Kembali Kandungan Luar Rahim, Ini Respon Jururawat

June 23rd, 2018 | by Arini Saleh
Kini Trending

Kami percaya pasti ramai yang pernah mendengar mengenai kehamilan luar rahim. Salah satu punca utama adalah kerana salur fallopian yang tidak berfungsi akibat penyakit radang pelvis atau endometriosis. Kebiasaannya rawatan kecemasan terus dilakukan demi menyelamatkan nyawa si ibu.

Namun, seorang individu menasihati agar kandungan tidak dibuang kerana ada bidan yang boleh menyelamatkan kandungan tersebut. Ini respon jururawat.

‘Pergi bidan, dia masukkan balik dalam rahim’

Menerusi sebuah laman ibu hamil di Facebook, seorang individu menceritakan pengalaman mengandung 9 minggu tetapi apabila discan kantung dan bayi tidak kelihatan. Doktor mengesyaki ibu tersebut hamil luar rahim namun setakat ini masih belum disahkan. Di ruangan komen, ada yang menasihati si ibu agar tidak membuang kandungan sebaliknya mendapatkan khidmat bidan untuk memasukkan kembali ke dalam rahim. Biar betul?

Jangan terpedaya dengan dakyah songsang

Mengandung luar rahim / Ectopic pregnancy.

Ectopic bermaksud “di tempat yang salah”. Ectopic pregnancy bermaksud kehamilan yang berlaku di luar rahim ibu. (95% kes kehamilan berlaku di tiub fallopian) . Kebanyakan kes yang berlaku boleh menyebabkan pendarahan dan kesakitan yang teruk kepada pesakit. Ini merupakan kes kecemasan dan boleh mengancam nyawa si ibu.

Kandungan ini tidak mampu bertahan lama kerana ianya tidak dapat dialihkan ke dalam rahim dan ianya harus digugurkan dengan sepenuhnya.

Jadi tak payah lah nak membongak bagi ajaran sesat kepada ibu ibu supaya jangan buang kandungan di luar rahim,membongak pulak yang ada bidan boleh masukkan balik kandungan tu ke dalam rahim.

Ibu ibu pon janganlah terpedaya dengan dakyah songsang sesetengah pengguna socmed ni. Dikhuatiri boleh mengancam nyawa anda.

Tak salah berkongsi pengalaman,tapi jika benda benda yang melibatkan kesihatan dan nyawa seperti ini,eloklah mendapatkan nasihat daripada ahli yang pakar. Nak repair kereta pon kita cari pomen kereta,tak pergi repair kat tukang masak,takkan bab kesihatan dan nyawa kita nak ikut petua petui dan cadangan dari yang bukan ahli.

Semoga Allah permudahkan segala urusan si ibu dan keluarganya. Aamiin.

Sumber : Naqiyah Sidek

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×