berita

Tak Pernah Jumpa Wanita Penyabar Seperti Dia – Amir Jahari

December 19th, 2012 | by Ai
Kini Trending

Amir Jahari merupakan seorang yang berbakat besar dalam bidang nyanyian dan namanya mula dikenali menerusi lagu ‘Penghibur Jalanan’ serta ‘Tanpamu.’

Penyanyi yang berusia 20 tahun ini bagaimanapun mengaku kini lebih selesa untuk menyanyikan lagu-lagu yang berunsukan kehidupan dan ketuhanan.

“Buat masa sekarang saya tak nak fokus lagu-lagu cinta. Kalau boleh saya nak lebih fokuskan lagu-lagu yang berunsurkan kehidupan, alam sekeliling dan ketuhanan.”

“Sekiranya ada tulis lagu cinta, saya hanya akan tujukan lagu tersebut kepada tunang saya dan tidak akan edarkan lagu itu kepada umum. Kalau boleh saya nak kumpul kesemua lagu cinta itu di dalam satu album.”

“Mungkin album tersebut akan saya jadikan sebagai hantaran kelak. Tetapi semua itu belum difikirkan lagi,” ujar Amir sambil tersenyum.

Berkongsi lebih lanjut mengenai gadis yang telah dikenali hampir empat tahun ini, Amir Jahari akui gadis tersebut adalah seorang yang penyabar dan sangat memahami kerjayanya.

“Saya dah tunang dengan dia sejak 1/1/2011 dan dia adalah seorang yang penyabar. Sebelum ini saya tak pernah jumpa wanita yang benar-benar penyabar seperti dia. Meskipun umur dia jauh lebih tua, dia tetap memahami diri saya dan kami serasi bersama.”

“Sebenarnya saya target nak kahwin tahun depan, tetapi memandangkan saya pun baru nak menjejakkan kaki di dalam bidang seni ini, jadi biarlah semuanya stabil dan selepas itu baru fikir soal kahwin.”

Beralih kepada soal kerjaya, Amir kini dalam usaha untuk menghasilkan album pertamanya dan bakal berganding dengan seorang penyanyi dari Brunei yang dikenali sebagai Aziz Harun.

“Sekarang ni saya sedang buat lagu ‘Ajarkan Aku,’ dimana lagu tersebut saya cipta ketika berada di Bandung. Waktu itu saya sedang mengikuti sebuah festival di sana dan lagu tersebut saya hasilkan dalam masa 5 minit sahaja. Lagu ini saya akan nyanyikan dengan seorang penyanyi dari Brunei iaitu Aziz Harun yang baru berusia 14 tahun.”

“Lagu ini dah siap cuma nak ‘touch up’ sikit-sikit je untuk bagi lebih menarik.”

Merujuk perkembangan terbaru, Amir bakal muncul dalam sebuah konsert anjuran BlackBerry yang dikenali sebagai ‘BlackBerry Music Mania Concert & Festival’ yang akan diadakan pada 31 Disember ini di Stadium Malawati, Shah Alam.

SKIP THIS AD ×