berita

Tak Puas Raya Lagi? Jom Enjoy Event Aidilfitri Di Ara Sendayan!

June 22nd, 2018 | by Intan Mahsuri
Shout Out!

Mesti ramai diantara korang yang tak puas lagi beraya,betul tak? Ye la! Raya kan sebulan! Tapi dah ramai pulak yang mula bekerja dan pulang ke ibu kota sampai jem lebuhraya dibuatnya.

Buat korang yang masih dalam mood raya, apa kata korang serbu Ara Sendayan sebab diorang ada event Riang Ria Aidilfitri @ Ara Sendayan.

Banyak aktiviti!

Bagi sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun 2018 kali ini, Ara Sendayan mengadakan pelbagai aktiviti yang menarik yang bakal berlangsung pada 23 dan 24 Jun serta 1 Julai ini. Nak tahu apa diorang buat? Ha! Siap ada demonstrasi anyaman ketupat lagi.

Untuk maklumat yang lebih detail korang boleh rujuk dekat bawah ye. Bukan apa setiap tarikh ada aktiviti yang berlainan. Jadi admin tak nak kelirukan korang. Makanan disediakan. Jangan risau. Yang pasti memang menjilat jari!

23 Jun 2018

Bagi korang yang tak reti menganyam ketupat, boleh la datang ke Ara Sendayan. Dekat sini nanti mereka ada buat bengkel tentang cara yang betul nak menganyam ketupat. Bila dah pandai menganyam ketupat nanti boleh la ambik hati bakal mak mertua.

Kredit: DocGelo.com

Diorang juga ada aktiviti Wau Painting, Sand Art dan Ballon Clown Walk Around. Nanti boleh la anak atau adik korang dapat belon yang pelbagai bentuk dan comel-comel semuanya.

24 Jun 2018

Pada tarikh 24 Jun pulak diorang ada beberapa bengkel yang menarik seperti DIY Art Wall Painting, 2D Cupcake Decoration Workshop, Cookies Painting Workshop dan ada persembahan magik lagi.

1 Julai 2018

Pada korang yang tak dapat hadir pada 23 Jun 2018 jangan bimbang sebab Sand Art turut diadakan semula pada hari terakhir sambutan Riang Ria Aidilfitri @ Ara Sendayan. Bahkan, anak korang masih boleh dapat belon kegemaran dorang melalui aktiviti Balloon Clown Walk Around, Awesome kan?

Jadi apa lagi yang korang tunggu? Jom singgah Ara Sendayan pada tarikh-tarikh keramat tersebut

Tak Mengecewakan! Ada Pelbagai Makanan!

Untuk pengetahuan korang, ni yang admin suka setiap kali Ara Sendayan buat event, makanan diorang memang best. Pada 23 Jun nanti anda akan dihidangkan dengan Sate Haji Samuri. Manakala, pada 24 Jun pula korang akan dihidangkan dengan Nasi Kandar Pelita tapi paling best 1 Julai la sebab diorang ada buat kambing golek dan ayam tandoori.

Apa macam? Powerkan? Kan admin dah kata makanan diorang memang tak mengecewakan. Bukan sahaja Ara Sendayan adakan pelbagai aktiviti yang menarik tapi makanan mereka memang tip top habis.

Jadi apa lagi yang korang semua tunggu save date diatas dan make sure korang serbu event Riang Ria Aidilfitri @ Ara Sendayan.

Website: Ara Sendayan

Facebook: Matrix Concepts

Diadakan oleh: Matrix Concepts Holdings Berhad

No telefon: 1800 88 2688

Lokasi Ara Sendayan:

Matrix Galleria @ Ara Sendayan, Seremban

SKIP THIS AD ×