Pihak polis baru-baru ini merampas ratusan beg tangan berjenama mewah di dalam serbuan di rumah bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak di ibu kota.
Chef Wan meluahkan apa yang terbuku di hatinya mengenai serbuan dan rampasan berkenaan.
Jijik dan rasa tertipu
Chef Wan menerusi Instagramnya menyatakan pendapatnya mengenai rampasan beg-beg tangan dan barangan mewah daripada bekas perdana menteri keenam itu. Dia menyifatkan perkara berkenaan sebagai menjijikkan dan merasa tertipu
So disgusted and felt cheated watching all this lori of stuff that being taken out of Najib home. Pagi ini all that millions of cash to gold bars and watches became the hot topic of every citizen in this country. Itu belum lagi dari menteri-menteri yang lain yg ketika ini mesti panas hidup mereka anak beranak!
Sibuk penyokong-penyokong penyangak-penyangak ini living in denial konon tak baik buat mcm ni masa bulan ramadan dan janganlah aib kan mereka etc. Eh nak tangkap perompak mesti ada bulan tertentu ke dan mengguna diplomasi dan sebagainya?
Ramai penakut dalam negara ni
Tambahnya lagi, dia terkejut apabila mendapati ramai penakut di Malaysia yang membuatkan sewenangnya ditipu hidup-hidup oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.
Its shocking to see so many cowards in this country patut la mereka ini ditipu hidup-hidup sampai sanggup nak gadai kan negara ini? Mereka ini tak faham ke yang segala yg kita perjuangkan ini untuk siapa? Jika tidak kerana masa depan generasi kita di masa akan datang?
Bila melihat kejadian ini teringat kan kisah the French Revolution berzaman dahulu di mana Queen Marie Antoinette itu sampai di pengal kan kepala nya akibat rakyat jelata dizaliminya. What about regime Marcos, Gadaffi, Mubarak, Saddam dan banyak lagi.
Bangkai gajah boleh ke ditutup dengan nyiru?
Tak payah la nak nasihat kita yg memperjuang kan keadilan di negara ini dengan lecture2 kau orang tu pasal mengaib kan mereka sedangkan berita ini its all over the world news pun and its so embarrasing for this country pun. Bangkai gajah itu boleh ke di tutup lagi dek nyiru tu?
Jika kita ni bodoh sekali pun jangan lah sombong dan bongkak masih mahu menegak kan benang yang basah lagi? Bila saya bercakap begini ramai yg sentap tetapi how do we wake up all this Malay people from their sleep and face the truth and reality of this country corruption yg berluasa sangat?
Malu bangsa kita mau pun negara.Itu pun masih ada yg menuding jari menyalah kan Cina kononnya Menteri Kewangan tak boleh beri pada Cina and all this crap!
Sumber: Chef Wan