berita

Tak Sempat Bawa Pulang Lampin Bayi

August 10th, 2018 | by Arini Saleh
Kini Trending

Hasrat seorang bapa untuk membawa pulang lampin kepada anak tidak kesampaian apabila maut dalam kemalangan di Jalan Baru Felda Teloi Timur, Batu Lima Sik. Menurut sumber, motosikal mangsa merempuh sebuah lori yang terbabas dan terbalik merintangi jalan.

Lebih menyedihkan apabila lampin pakai buang tersebut bertaburan di tempat kejadian.

Lampin bertaburan

Seorang ayah tidak sempat membawa pulang lampin bayi anaknya apabila MAUT dalam kemalangan di Jalan Baru Felda Teloi Timur, Batu Lima Sik kira-kira jam 10 malam tadi. Mangsa Norazman bin Said, 36 tahun beralamat di Kg Bendang Man, Sik yang menunggang motorsikal dari arah felda maut dipercayai akibat terlanggar sebuah lori muatan biskut yang terbalik di atas jalan raya. Menurut pemandu lori yang hanya mahu dikenali sebagai Azlan, lori yang dipandu beliau telah terbabas dan terbalik merintangi jalan.

Motosikal rempuh lori terbalik

Ketika beliau berusaha untuk keluar dari lorinya, tiba-tiba datang sebuah motorsikal merempuh lori beliau menyebabkan beliau tidak sempat berbuat apa-apa. Mangsa maut serta merta di tempat kejadian, manakala Azlan hanya mengalami luka kecil. Sebaik menerima maklumat, saya bersama 4 lagi anggota BSYJM bergegas ke lokasi menggunakan jentera bomba sukarela YJM Sik Navara unit 12 bagi membantu operasi dan kawalan. Saya turut menghubungi balai bomba dan penyelamat Sik bagi tujuan membersihkan sisa tumpahan diesel sebagai langkah keselamatan kepada pengguna jalanraya yang lain. Mangsa mempunyai isteri dan 3 orang anak yang masih kecil. Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Sik untuk bedah siasat. Operasi selesai sepenuhnya jam 1.00 pagi. Berdasarkan rekod kami, jalan pintas Felda Teloi Timur sering mencatatkan kejadian kemalangan jalan raya dan semua pihak perlu berhati-hati menggunakan jalan tersebut. Pandu cermat, jiwa selamat, hidup berkat.. Takziah kpd isteri dan keluarga mangsa.. al fatihah

Sumber : Mahadzir Abdul Hamid

SKIP THIS AD ×