berita

“Tak Sudah-Sudah Kahwin Paksa & Kisah Cinta Berlainan Taraf…”

January 10th, 2018 | by Wan
Isu & Kontroversi

Klise. Itulah yang menggambarkan filem dan drama-drama Melayu Malaysia yang sering sahaja menayangkan kisah-kisah bergenre sama. Sebelum ini, pernah timbul persoalan adakah industri perfileman tanah air sudah kering idea.

Artikel berkaitan: ‘Stop Tengok Drama Mengarut’ – Netizen Minta Kisah Viral Pelajar Cina Tenung Meja Jadi Filem, Ini Respon Zahiril Adzim

Menjawab persoalan ini, pelakon Zahiril Adzim menjelaskan filem yang dihasilkan adalah berdasarkan kepada jumlah audiens yang menontonnya. Beliau menyeru penonton agar berhenti menonton ‘drama-drama yang mengarut’ jika kelainan yang diinginkan. Membangkitkan isu yang sama, terbaru pelakon Bisik Pada Langit, Beto Kusyairi ada bertanya pengikutnya di Twitter; adakah ini yang audiens mahukan?

Sampai bila?

Kurang skrip bermutu

Jalan cerita menyimpang dari realiti

Dalam tweetnya, Beto membangkitkan rasa sedikit kecewa dengan industri perfileman negara. Pelakon itu luahkan rasa serik dengan industri yang masih lagi berulang kali menyajikan jalan cerita yang terikat dengan skrip yang mendukung adegan-adegan klise. Soalnya; ‘sampai bila’?

‘Kandungan itu penting!’

Tweet Beto itu telah mengundang perdebatan dalam kalangan netizen yang rata-rata berada dalam landasan pemikiran yang sama sepertinya.

Ramai berfikiran sama

Malah, rakan artis turut ‘turun padang’ menunjukkan sentimen yang sama.

Rakan artis setuju

Nampaknya, industri perfileman negara akan berterusan sebegini selagi kita sebagai audiens menontonnya. Seperti kata Beto konsep ‘demand & supply’ yang dimainkan.

Sumber: twitter Beto Kusyairi

The following two tabs change content below.

Wan

Content Champions at Rev Asia Berhad
Ex boyfriend Neelofa, bukan kerabat diraja, penulis bertauliah.

Most Read Today