berita

Tak Tahu Nak Masak Apa Hari Ini? Ini 5 Resepi Sup Mudah Dimasak

July 12th, 2018 | by Shafika
MyResipi

Kalau sebut pasal masakan sup, pasti ramai yang membayangkan keenakan ketika badan tidak sihat. Mungkin kerana rasanya yang lebih ringan dan masakannya yang mudah. Namun sebenarnya, untuk hari-hari biasa, korang juga boleh masukkan sekali resepi sup ini dalam menu utama korang.

Kami kongsikan dengan korang masakan pelbagai sup yang boleh dicuba di rumah. Memang sedap! Anak-anak confirm suka!

Sup ayam

Kami pasti tidak kira tua atau muda pasti menggemari masakan sup ayam ini. Selain barangnya mudah didapati, resepi ini juga senang dibuat. Lebih-lebih lagi jika korang rasa nak masak simple simple tapi sedap.

Resepi penuh : http://myresipi.com/recipes/sup-ayam-simple-3e615684-770e-401d-8d03-fef56cea7e96

Sup daging

Buat mereka penggemar daging, apa kata korang cuba sup daging berempah. Kalau sebelum ini, mungkin korang lebih menggemari daging masakan kicap atau masakan lain, namun kali ini korang boleh cuba resepi ini. Selain makan bersama nasi, korang juga boleh mencuba masakan ini dengan roti biasa. Memang terangkat pekena roti cicah sup daging. Fuh!

Resepi penuh : http://myresipi.com/recipes/sup-daging-berempah

Sup ikan merah

Ini antara yang paling sedap bagi admin kerana sup ini menggunakan ikan merah. Isi ikan merah yang manis bertambah dengan sup pasti membangkitkan lagi rasa keaslian ikan. Biasanya kepala ikan memang lebih dikenali dalam masakan kari, apa kata kali ini korang cuba sesuatu yang baru. Selain mudah, ianya mungkin turut menjadi kegemaran anak-anak korang selain dari ayam.

Resepi penuh: http://myresipi.com/recipes/sup-daging-berempah

Sup cendawan daun kunyit

Dalam masakan sup cendawan ini, korang boleh lagi kreatif dengan menambah fish ball atau ayam di dalam ini. Ianya boleh menjadi satu masakan yang lengkap. Menu sihat ini bukan sahaja sedap, malah boleh menggalakan anak korang makan sayur dan mendapat nutrisi yang baik. Boleh juga dimakan bersama bihun atau mee selain dari nasi. Memang menyelerakan sungguh!

Resepi penuh : http://myresipi.com/recipes/sup-cendawan-daun-kunyit

Sup salad

Mungkin ramai tak tahu salad juga boleh dimasak sup dan rasanya sungguh sedap. Kalau sebelum ini, korang mungkin menjadikan salad sebagai ulam-ulaman dalam nasi korang. Apa kata kali ini korang buat salad menjadi sup. Memang mudah untuk dimakan, lebih-lebih lagi untuk anak-anak dan orang tua. Mungkin kalau malas, boleh gabungkan dengan lauk pauk lain. Boleh juga jadi satu menu yang lengkap. Cubalah hari ini!

Resepi penuh : http://myresipi.com/recipes/sup-salad

Sumber : Myresepi

 

 

 

 

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×