berita

Tak Tahu Rukun Negara, Nama Bendera Malaysia, Benladin ‘Diserang’ Di IG

September 2nd, 2018 | by faris
Kini Trending

Nama Benladin kembali diperkatakan apabila dia melancarkan single terbaru Hikayat Benladin. Sebelum ini Benladin pernah berduet dengan Alyah menerusi lagu Permata sebelum menyepi dari dunia nyanyian seketika.

Bersempena bulan kemerdekaan, Benladin dijemput untuk menjawab soalan berkaitan kenegaraan tahap asas yang agak senang untuk dijawab. Namun, jawapan diberikan bekas peserta Idola Kecil ini nyata membuatkan netizen terpinga-pinga.

Hanya satu jawapan betul

Dalam video pendek berkenaan dia ditanyakan soalan-soalan seperti bunga kebangsaan Malaysia, jumlah bucu bintang pada bendera, nama Perdana Menteri ketiga dan Rukun Negara ketiga. Kesemuanya soalan berkenaan tidak dijawab dengan betul olehnya, namun hanya soalan kereta pertama negara iaitu Proton dapat dijawab dengan tepat.

Soalan lain yang ditanyakan seperti negeri dimana pokok getah tertua  negara ditanam dan nama feri Semenanjung-Malaysia Timur mungkin agak sukar dan boleh difahami jika tidak boleh dijawab. Namun soalan asas yang lain membuatkan netizen ‘triggered’ dan mengkritik pengetahuan penyanyi muda ini.

Basic info pasal negara sendiri pun failed

Ruang komen IG ‘diserang’ netizen

Sumber: Membawang

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×