berita

‘Takkan Saya Nak Muat Naik Gambar Kemaluan Sendiri?’ – Zul Ariffin

April 22nd, 2018 | by faris
Isu & Kontroversi

Laman sosial tempoh hari heboh apabila Instagram Zul Ariffin didakwa memuatnaik foto kemaluan lelaki di IG story. Walaupun tidak menunjukkan wajah, foto panas itu tetap dicari dan dibandingkan oleh netizen yang ‘teruja’.

Artikel berkaitan: Netizen Kecoh Di Twitter Dakwa Artis Popular ‘Tayang’ Gambar Kemaluan

Kelab peminat Zul semalam ada membuat kenyataan mengatakan pelakon Tombiruo itu sebenarnya digodam oleh pihak tidak bertanggungjawab yang sengaja mahu memalukannya.

Itu semua kerja hacker

Bercakap kepada Sinar Harian, Zul berkata dia menafikan perkara itu dan menyatakan semuanya kerja hacker yang mahu memalukan dirinya dan mensensasikan keadaan.

Saya tidak melakukan perkara itu. Takkan saya nak muat naik gambar kemaluan sendiri di sosial media.

Itu semua kerja ‘hacker yang sengaja mahu memalukan dan mensensasikan keadaan. Selalunya ‘hacker’ akan mencuri dan menukar kata laluan, tetapi lain pula yang berlaku pada saya apabila ia diceroboh dengan memuat naik gambar yang tidak sepatutnya di Instagram (IG) saya.

Jujur saya tidak tahu bagaimana untuk respons perkara ini kerana saya tidak tergamak memalukan diri dengan memuat naik gambar kemaluan.

Pernah beberapa kali nyaris digodam

Setelah kejadian yang menimpanya itu, Zul mengambil langkah berjaga-jaga dengan menukar kata laluan.

Sebenarnya sudah beberapa kali IG saya hampir digodam, tetapi mereka tidak dapat menembusinya.

Pernah sebelum ini beberapa kali akaun saya tidak dapat dibuka, tetapi saya berjaya mendapatkan kembali dengan bantuan kelab peminat yang mahir dalam mengendalikan social media ini.

Tak report polis

Walaubagaimanapun, Zul tidak membuat sebarang laporan polis berkenaan insiden itu kerana berpendapat tidak semestinya laporan dibuat boleh mencekup dalang di sebaliknya.

Kalau saya buat laporan polis belum tentu dapat mengenal pasti dalang yang menceroboh akaun saya.

Saya juga tidak tahu siapa yang melakukan perbuatan hina ini. Kalau saya tahu senang untuk saya buat laporan.

Sumber: Sinar Harian

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×