berita

Takut Mengubah Rasa Masakan? Ini 6 Resepi Ringkas ‘Eksotik’ Anda Wajib Cuba. Pasti Terangkat!

December 6th, 2017 | by Shafika | 0 comments
3.7K
reads
270
shares
Foodies

Mungkin ada di antara anda yang sudah jemu dengan masakan biasa. Ingin cuba kelainan dan mengubah resepi asal makanan tapi takut? Jangan risau, kami ingin kongsikan dengan anda resepi ringkas eksotik ini. Bukan eksotik binatang itu okay, ini yang sedap dan halal.

Resepi ini mungkin nampak biasa, tapi kalau anda cuba sendiri baru tahu rasanya bagaimana. Jom pergi dapur sekarang, cuba sendiri!

Siakap Masak Ujang

Ikan siakap ini memang antara menu femes yang sering dipesan oleh orang ramai jika ke kedai makan. Tapi masakan yang sering dipesan mestilah Siakap 3 Rasa, atau Masam Masam Manis. Betul tak? Kali ini apa kata anda masak sendiri dirumah dengan mencuba resepi ini. Bukan rasa biasa tau! Masakan Siakap Ujang ini mungkin dilihat biasa, tapi kalau rasa. Memang sedap!

Resepi penuh : http://myresipi.com/recipes/siakap-masak-ujang

Nasi Minyak Oren

Biasa kalau korang makan nasi minyak mesti cuma di majlis orang kahwin kan? Betul tak? Tahu tak sebenarnya nasi minyak boleh juga dimakan bila bila masa. Kali ini kami kongsikan dengan anda resepi nasi ayam oren. Ye, anda tak silap membaca! Memang resepi ini nampak pelik, namun rasa unik masak nasi bersama aroma nasi minyak pasti membangkitkan selera makan anda. Fuhh makan pulak dengan Ayam Masak Merah. Memang terangkat!

Resepi penuh : http://myresipi.com/recipes/nasi-minyak-jus-oren

Kek Lumut

Jangan terkejut tengok warna kek ini. Kek Lumut ini memang inspirasi dari warna lumut. Namanya mungkin tidak menyelerakan, namun percayalah rasa lemak lemak kek ini pasti buat korang tak puas makan. Kalau tak percaya, anda boleh cuba sekarang! Resepinya pun mudah dan senang dibuat.

Resepi penuh : http://myresipi.com/recipes/kek-lumut

Cendawan Goreng Kari Mayo

Siapa penggemar cendawan, anda wajib cuba resepi ini. Admin ulang sekali lagi, wajib okay! Bukan cendawan goreng biasa, anda pasti suka dengan gabungan sos mayo kari ini. Dengan kerangupan cendawan goreng, ditambah pulak dengan sos lemak ini. Fuhh kecuq ayaq liur..

Resepi penuh : http://myresipi.com/recipes/cendawan-goreng-dengan-kari-mayo

Tenggiri Jeruk Pedas

Fuhh siapa sini minat masakan berasaskan jeruk? Fuhh admin dengar terus tertelan air liur. Apa kata kali ini beri kelainan dalam masakan tenggiri anda. Ditambah dengan kepedasan bersama masam memang terangkat beb! Korang wajib cuba sendiri resepi ini. Comfirm bertambah nasi!

Resepi penuh : http://myresipi.com/recipes/tenggiri-jeruk-pedas

Ayam Herba dan Tomato

Siapa cakap orang sedang berdiet tak dapat makan makanan sedap. Haa ini resepi sihat, mudah dan sedap untuk korang yang jaga kesihatan. Kali ini resepi ayam ini bukan sahaja dibakar, namun diperisa dengan rasa hebat. Gabungan herba dan tomato antara gabungan paling serasi abad ini. Serius sedap! Anda harus cubanya sendiri okay!

Resepi penuh : http://myresipi.com/recipes/ayam-herba-dan-tomato

Sumber : Myresepi

Most read today

Recommended for you