berita

Tampil Cantik & Makin Langsing – Ini Rahsia Kurus Siti Sarah Turun 27 KG

December 28th, 2017 | by Shafika
Make-It-Senang

Penghujung tahun pasti ada di antara ada sudah mencapai matlamat yang diimpikan. Salah satu matlamat paling femes, mestilah ingin memiliki berat badan ideal. Betul tak? Agaknya dah tercapai ke belum?

Kalau belum tercapai, apa kata anda cuba lagi tahun hadapan dengan tips dari Sarah ini. Kalau dulu Sarah boleh dikategorikan seorang yang agak berisi. Lihatlah tahun ini, mampu kurangkan 27 KG. Apa rahsia dia agaknya?

Amalkan jamu

WALAUPUN sibuk menguruskan rumahtangga dan perniagaannya, Siti Sarah masih tidak rehat daripada dunia nyanyian yang dicintainya ini. Berkejaran ke persembahan pentas, Siti Sarah masih berkesempatan menyiapkan single yang akan keluar Januari nanti.

Paling penting, jaga pemakanan! We are what we eat. Amalkan jamu kerana ia bagus untuk dalaman seorang perempuan dan yang bagusnya ia selamat tanpa campuran bahan berbahaya.

Makan kerap

Paling penting adalah menjaga pemakanan. Sarah tidak percaya pada acara diet yang menolak karbohidrat, buah atau apa-apa yang boleh untuk dimakan. Sarah masih ambil nasi setiap hari. Cuma Sarah kurangkan pengambilan tepung gandum.

Sarah tukarkan tepung gandum biasa kepada yang gluten free jika sesekali teringin mahu makan cucur atau kuih-muih. Makan secara kerap tidak mengapa tetapi jangan makan banyak pada satu waktu. Latih perut untuk menerima kuantiti makanan yang bertepatan sahaja.

Menu Harian

Untuk sarapan Sarah kisar buah naga, baby spinach, pisang dan produk whey protein Sarah iaitu Monstarfit. Tengah hari Sarah makan nasi seperti biasa bersama lauk-pauk seperti ikan goreng dan sayur- sayuran.

Cuma, pesan Sarah gunakan minyak tulen kelapa sawit yang tidak dicampur dengan minyak lain. Dan, jangan ulang pakai minyak menggoreng lebih daripada sekali.

Manakala, untuk makan malan, Sarah masih mengambil nasi seperti makan tengah hari tadi. Kuantiti nasi, cukuplah sebesar penumbuk. Jika lapar, ulang makan lagi. Tidak mengapa.

Rajin bersenam

Sebenarnya, Sarah galakkan wanita untuk bersenam walaupun hakikatnya Sarah sendiri jarang berkesempatan melakukannya. Namun, jika ada masa terluang, Sarah akan mengajak anak-anak berenang atau jogging.

Oh, Sarah sangat suka jamu! Sarah akan rebus sendiri bahan-bahan jamu seperti kecur, temu kunci, ibu kunyit, halia, manjakani, halba dan sebagainya. Sarah akan minum air rebusan itu seminggu sekali atau menjadikan bahan-bahan itu sebagai sauna. Tubuh akan rasa segar, ringan dan bertenaga selepas itu.

Sumber : Intrend

SKIP THIS AD ×