berita

Tanda Salib Diturunkan, Wardina Mohon Maaf Kepada Penganut Kristian

April 21st, 2015 | by Wan
Isu & Kontroversi

wardinaaa

Susulan daripada isu salib gereja di Taman Medan yang mencetuskan pertikaian ramai pihak baru-baru ini, pelakon Wardina Safiyyah terpanggil untuk memberikan pendapat peribadinya.

Melalui status terbaru di laman Facebook miliknya, Wardina nyata tidak bersetuju dengan desakan pihak tertentu agar tanda salib tersebut diturunkan.

Berikut merupakan luahan dan pendapat Wardina berhubung isu ini.

Jangan Turunkan – Wardina

Screen Shot 2015-04-20 at 10.32.43 PM

Screen Shot 2015-04-20 at 10.32.57 PM

Menurut Wardina, perkara sedemikian tidak sepatutnya terjadi kerana ia seolah menyekat hak kebebasan beragama penganut Kristian di Malaysia.

Saya harap salib itu kekal di situ. Tolong jangan turunkan. Saya memahami perasaan kenalan penganut Kristian di situ dan meminta maaf kerana kalian sering dibuli oleh sebilangan saudara seislam saya.

Wahai saudara Islam semua, jadilah umat Islam yang sebenar-benarnya. Biarkan penganut agama Kristian juga mendapat hak kebebasan mereka.

Kepada umat Islam di Taman Medan, sikap anda tidak menunjukkan yang anda umat Islam yang sebenar-benarnya.

Cukup Memahami Apa Yang Berlaku

gereja

Tambah Wardina lagi, dia cukup memahami apa yang sedang berlaku terhadap golongan minoriti memandangkan dirinya kini menetap di Australia.

Saya tahu bagaimana rasa menjadi golongan minoriti dan bertapa sakitnya bila dibuli hanya kerana keimanan kita terhadap agama dan apa sebenarnya erti apabila kita mendapat sokongan daripada orang yang bukan beragama Islam dan bersama dalam solidariti.

Apabila orang bukan Islam di Australia ini menyokong kami umat Islam, saya rasa sangat beryukur dan berterima kasih.

Jadi, saya harap kami dapat menghulurkan sokongan kami kepada penganut Kristian apabila mereka di layan dengan begitu biadap oleh sebilangan ‘saudara seislam kami sendiri’.

SKIP THIS AD ×