berita

Tempat Menarik Untuk Bucketlist 2018 Korang! No.4 Tu Paling Jarang Orang Pergi!

December 23rd, 2017 | by Azyan
Kini Trending

Tik tok tik tok sedar tak sedar, 2017 dah nak pun  melabuhkan tirainya.. kejap je lagi dah masuk tahun 2018! Tak sangka kan? Admin rasa cepat sangat masa berlalu. So, korang semua, azam 2017 dah tercapai ke belum? Ke nak bawak ke tahun depan? Apa pun, semoga tahun 2018 dapat lah capai azam korang tu!

Bila tengok balik, makin lama, makin ramai orang pergi travel kan? Sini sana orang kasi itinerary. Pergi dengan bajet rendah lah dengan tambang murah lah. Ha, korang tak sempat nak pergi tahun ni? Tak apa, ni kitorang listkan tempat-tempat yang korang boleh letak dalam bucketlist korang! So, awal-awal tahun ni korang boleh plan elok-elok nak pergi mana!

1. Nha Trang, Vietnam

Tempat ni wajib korang letak dalam bucketlist korang! Cantik sungguh tempat dia! Kalau korang ni pencinta alam semula jadi, nak tenangkan fikiran, ha pergi lah sini. Admin tengok gambar pun dah rasa nak pergi je!

Di VinPearl Land, korang berpeluang untuk naik cable car terpanjang dalam dunia! Sepanjang 3,320 meter tau! Permandangan cantik pulak tu! Di Vinpearl juga ada Extreme Park yang korang boleh pergi. Memang tak rugi kalau pergi!

Air Terjun Ba Ho yang terdiri daripada 3 air terjun semula jadi ni terletak utara Nha Trang! Tempat ni memang popular spot lah untuk hiking ke picnic dan memancing!


Po Nagar Cham Towers ni merupakan tempat bersejarah yang tak sah tak pergi! Punyalah tinggi tempat ni, korang boleh nampak kota Nha Trang dari tempat ni!

Teringin nak mandi lumpur semula jadi? Thap Ba Hot Springs lah tempatnya! Kalau tak suka lumpur korang boleh manja kan diri korang dengan kolam renang mineral semula jadi! Lepas tu, boleh massage badan dekat sini.

Selalu main rock climbing, apa kata kali ni korang try Canyoning pulak dekat Da Lat! Bukan tu je, ada lagi korang boleh buat antaranya pergi Pong Gour Waterfall! Korang boleh baca pengalaman orang yang dah pergi dekat sini!

2. Luang Prabang, Laos

Cukup dengan Vietnam, kita tengok pulak apa yang ada dekat Laos!

Rata- rata yang pergi ke Luang Prabang mesti suruh korang pergi Mount Phousi ni untuk tengok sunset! Datang seawal 4 petang untuk dapatkan spot terbaik untuk amik gambar sunset tu! Gunung ini dikelilingi sungai Mekong dan Nam Khan. Korang boleh baca dekat sini untuk tahu dengan lebih lanjut!

Korang juga berpeluang untuk melihat sendiri ritual pemberian makanan atau Alms Giving Ceremony ni! Upacara ni merupakan upacara tradisi yang penuh dengan adab dan etika. So, korang kalau nak pergi, baca dulu dekat sini apa yang boleh dan apa yang tak boleh buat time upacara ni okay!

Air terjun Kuang Si setinggi 3 tingkat ni memang buat ramai orang terpegun! Dekat air terjun ni juga ada banyak lubang-lubang besar yang korang boleh jadikan swimming pool!

Selain tu, korang juga digalakkan untuk try makanan-makanan traditional Laos ni! Antaranya Sticky rice (Khao Niaw) dan Minced Meat Salad (Larb) ni! Lain-lain korang boleh tengok dekat sini! Terliur dibuatnya!

3. Davao, Filipina

Kecantikkan Pulau Samal ni bukan saje pada air yang jernih macam kristal, tapi pasir yang putih, suasana tenang dan cuaca nyaman memang buat korang taknak baliklah!

Korang yang kalau hantu chocolate memang akan happylah kalau pergi sini! Di Maligos Garden Resort ni ada muzium coklat pertama di Filipina! Bukan boleh beli je tapi boleh buat sekali! Bukan setakat chocolate je tau, korang boleh juga pergi muzium rama-rama, tengok orkid yang rare-rare dan naik kuda! Tak percaya? Korang boleh baca lebih lanjut kat sini!

Teringin nak berdiri di Puncak Gunung dan dikelilingi awan? Pergilah Mount Apo, Filipina! Mesti rasa macam diawang-awangan gitu!

Hantu-hantu durian sekalian mesti happy baca post ni sebab, dekat Apo ni Lola Durian Delicacies ni memang khas untuk pengemar durian! Segala benda dibuat dari durian termasuk lah gula-gula dan snack! Tapi, jangan risau ada juga perisa lain kalau tak suka!

Korang kalau pergi ke Davao ni, amiklah City Tour, so senang korang nak menjelajah bandar tu nanti! Pastikan korang pergi semua tempat tarikan pelancong seperti Philippine Eagle Centre, D’ Bone Collector Museum, dan juga Museo Dabawenyo! Make sure tak ada tempat yang tertinggal!

4. Hyderabad, India

Kalau korang nak tahu, India ni bukan hanya ada Taj Mahal je tau. Korang kene try pergi Hyderabad! Feeling beb kalau pergi sini. Rasa macam dalam cerita hindustan dulu-dulu.

Filem City terbesar di dunia ni memang wajib pergi kalau korang kat Hyderabad! Seramai 1.5 million pelancong yang datang ke Ramoji Filem City setiap tahun tau! Kat sini korang boleh try lah nak konon-konon buat filem dan baca skrip! Korang boleh tengok maklumat lanjut kat sini!

Kalau pergi ke negara orang, mestilah nak tahu pasal sejarah negara tu kan? Golconda Fort ni memang cantik dan terasa macam dekat abad ke-13! Dekat sini masih lagi ada meriam, tempat kuda, hall yang memang mengagumkan , eh senang cerita macam tak ada beza lah macam dulu.

Falakuma Palace yang bermaksud “Mirror of the sky” atau “Like the sky” ni akan buat korang rasa macam anak raja! 9 tahun masa yang diambil untuk siapkan tempat ni tau! Falakuma Palace yang ada 60 bilik dan 22 hall ni memang nampak gah gila wey!

Charminar ni boleh dikatakan heart of the city lah. Sama macam Eiffel Tower tu. Charminar tu bermaksud empat tower! Bangunan ini diinspirasikan ciri-ciri seni bina Islam. Kalau korang nak naik ke atas, korang kena naik tangga sebanyak 149 anak tangga! Ha, tercabar tak tercabar?

Siapa yang terpandang, pasti akan terpukau.. haa gitulah orang kata pasal Birla Mandir ni! Kuil ni dibina menggunakan marmar putih sebanyak 2000 tan yang dibawa dari Rajasthan! Masuk percuma je!

5. Hangzhou,China

Tak kira hujan ke panas ke salji ke, West  Lake Wonderland tetap menyerlah uols! Cantikkkk je! Penuh dengan salji pun nampak tenang je tempat ni. Gambar tempat ni korang boleh tengok di wang kertas 1 Yuan!

Jingci Temple

Lingyin Temple

Sebut pasal Hangzhou, memang terkenal diantara orang-orang Buddha seluruh dunia! Kebanyakkan kuil-kuil ini dah ada lebih 1000 tahun tau! Kuil ini juga digunakan untuk menyebarkan mengenai agama dan adat Buddha kepada sesiapa yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai agama ini.

Wuzhen Water Town

Xitang Water House

Nanxun Water House

Korang juga digalakkan untuk pergi ke Quaint Water Town! Ada tiga iaitu Wuzhen Water Town, Xitang Water House, Nanxun Water Town. Setiap tempat ada keistimewanya sendiri jadi korang kena lah try semua!

Ambil sehari dari masa lawatan korang tu dan pergi ke Qinghefang Old Street ni! Banyak kedai yang dah berabad lamanya korang boleh pergi!

Ini bukan Cameron Highlands guys ini  Dragon Well (Longjing) tea! Ladang teh ni dah ada dalam 1200 tahun tau! Bukan je boleh tengok pokok teh dan udara yang nyaman tapi korang boleh juga try petik daun teh dengan expert dekat situ! Siap ada perkampungan lagi tau! 

 

Ha, kalau yang traveler yang memang pergi travel untuk makan tu, korang boleh lah try makan ikan sungai dan udang yang dimasak dengan Longjing teh ni!

6. Taipei, Taiwan

Kalau korang nak lari dari permandangan yang serabut dan udara yang kotor, korang mesti akan rasa tenang kalau pergi Maokong, Taipei ni! Tenang je minum teh sambil tengok permandangan atas gunung.

Tak ada drone tak payah risau! Korang still boleh tengok bandar Taipei ni dari Elephant Mountain ni! Boleh lah hiking sekali!

Dulunya perkampungan tentera tapi sekarang ni dah ditukarkan ke tempat komuniti dan tempat bersejarah! Kat mana lagi kalau bukan Four Four South Village!

Ada lebih 700,000 koleksi klasik dan purba artifak China ada di National Palace Museum ni! Ia juga merupakan salah satu muzium terbesar di dunia! Rugi kalau tak datang!

Kalau nak cari buah tangan atau snek-snek dari Taipei, ha boleh lah pergi  Jiufen Old Street ni! Memang cantik gila lagi-lagi kalau malam!

Bestnya! Nak check tiket flight lah!

Kalau nak pergi, jangan lupa book tiket cepat-cepat dengan AirAsia! Korang boleh pergi ke semua destinasi ni dengan harga serendah RM149 sehala!

Booking sekarang hingga 31 Disember 2017 kalau korang dah plan nak bercuti sekarang hingga 30 Jun 2018!  So korang, plan cuti korang betul-betul! Lagi-lagi dah nak cuti raya cina ni,ha cuti panjang tu! Dah boleh lah start check-check tiket tu kot kot dapat murah punya! Maklumat lanjut boleh klik sini!

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×