berita

Tepati Cita Rasa Orang Malaysia, Menu Baru Secret Recipe Sure Buat Selera Terangkat!

February 9th, 2018 | by Aimi Raihana Mudzakir
Shout Out!

Korang suka makan kek? Kalau sebut pasal kek, mesti terfikir Secret Recipe. Sedap gila kek kat Secret Recipe ni. Lagi-lagi kek Chocolate Indulgence. Setiap kali sambut hari lahir kek Secret Recipe mesti jadi pilihan kita. Tahu tak Secret Recipe sekarang dah berwajah baru. Lagi syok.

Bukan setakat kek je. Secret Recipe dah letak menu yang menyelerakan daripada sajian pilihan Asia. Baru-baru ni admin dah singgah Secret Recipe untuk cuba menu terbaru mereka. Sedap oi. Jom tengok! Jangan sampai terkecur air liur korang.

Semua starter memang hot habis

Mula-mula makan mesti korang nak rasa starter kat Secret Recipe ni dulu kan. Ada tiga menu untuk starter yang admin syorkan untuk korang try. Confirm tak menyesal. Jom tengok.

Starter paling admin suka. Ni namanya Cheesy Fire Chicken Wrap. Potongan ayam dipanggang dalam chilli glaze dan pastri yang crispy. Yang ni agak pedas juga la. Tapi yang suka pedas mesti suka dengan starter ni. Yummy!

Suka dengan meatball ayam? Baik korang try Chicken Meatball With Smokey BBQ Glaze. Paling best ada rasa BBQ tu. Memang sedap habis. Dah makan jangan lupa kawan sebelah.

Crispy Chicken Fingers ni tak boleh tolak langsung. Nak potong pun senang sebab sangat lembut. Yang ni pun ada chilli glaze. Tapi pedas dia boleh terima. Jangan risau. Tak sampai berhingus pun kalau makan. Ni baru starter. Jom tengok main course dia.

Main course lebih bercita rasa orang Malaysia

Main course kat Secret Recipe pun dah berwajah baru. Sekarang ni Secret Recipe tengah cuba untuk memenuhi kehendak korang yang sangat sukakan makanan bercita rasa orang Malaysia. Nah admin bagi korang usha dulu menu terbaru diorang.

Untuk main course, admin cadangkan korang cuba Country Friend Chicken. Ayam golden crispy disajikan dengan fries dan salad. Atas ayam tu ada sos cendawan yang sangat creamy. Sedap sangat!

Yang ni namanya Nasi Ayam Rangup. Mulanya admin ingat nasi lemak sebab ada sambal udang, timun dan telur rebus. Rupanya nasi ayam! Biasa kalau makan nasi ayam dapat sup kosong kan tapi kat Secret Recipe dapat sambal udang. Itu yang special.

Bila makan, rasa macam mi goreng mamak. Dah tanya menu, rupanya Special Seafood Mee Mamak. Patutlah! Ingat kat kedai mamak je boleh dapat? Kat Secret Recipe pun boleh. Power tak? Paling best ada seafood sekali. Nyum!

Ada sate, menu identiti Malaysia

Biar betul kat Secret Recipe ada sate. Admin pun ingat main-main. Haaa, ni namanya Mixed Satay. Kombinasi sate ayam dan daging. Sate kat Secret Recipe ni lembut dan rasa rempah cukup sebati. Paling win kuah kacang dia. Pekat, sedap dan pedas. Fuh!

Pasta di Secret Recipe jadi kegilaan ramai

Siapa sini peminat pasta? Suka betul makanan western ni. Kalau nak tahu, pasta paling famous kat Secret Recipe ialah Aglio Olio. Yang admin makan ni dengan udang. Boleh pilih nak makan dengan udang, salmon atau beef strips. Makan panas-panas sedap.

Nak pasta yang pedas, korang patut pilih Spicy Seafood Medley Pasta. Memang spicy tapi sedap dia memang gempak. Dalam pasta ni ada udang dan kerang. Yang suka seafood mesti tak boleh tolak. Tak rugilah cuba. Sangat juicy!

Pencuci mulut, Shinjuku Bake paling popular

Pencuci mulut kat Secret Recipe haruslah dengan kek kan. Perut dah kenyang pun tetap nak makan kek. Kalau tak nanti balik asyik teringat je. Paling meletop kat Secret Recipe ialah Shinjuku Bake. Kombinasi kek dengan aiskrim vanila tu bila makan, rasa sedap yang amat. Crispy kat luar tapi lembut kat dalam. Sangat sweet!

Yang admin makan ni Shinjuku Nutella Bake dan Shinjuku Caramel Bake. Sebenarnya kalau korang nak tahu, ada empat flavour topping untuk korang pilih iaitu Maple, Nutella, Caramel dan Chocolate. Minum petang dengan Shinjuku Bake ni best tau. Serious tak tipu. Sangat yummy.

Minuman yang jadi favourite semua orang

Okay, dah makan banyak so mesti korang rasa nak minum air kan. Tapi nak pilih yang mana satu ya. Apa kata korang cuba Bandung Selasih ni. Kacau dulu pastu minum air bandung dengan selasih. Peh. Tekak rasa sedap je bila minum.

Tekak rasa nak minum jus yang masam tapi manis? Korang patut pilih ni. Iced Plum Lime Juice dah jadi jus pilihan ramai kat Secret Recipe. Rasa masam manis dia boleh terima. Nyum!

Yang suka milo patut cuba Milo Shake. Yang ni pun ramai tak boleh tolak punya. Rasa Milo Shake ni memang pekat tapi juicy. Dah jadi favourite admin kalau datang Secret Recipe. Huuu…

Ada set lunch dan set dinner, save bajet

Kalau korang suka jenis set punya, jangan risau. Kat Secret Recipe pun ada set lunch dan dinner untuk korang pilih. Tapi ada syaratnya juga. Senang je.

Untuk Set Lunch, korang boleh order bermula jam 12 tengah hari hingga 3 petang. Siap dengan free drink, siapa tak nak rugilah. Tapi tak boleh take away ya. Ajak keluarga atau kawan-kawan. Baru meriah waktu lunch korang.

Set Dinner pula memang best. Boleh order bermula jam 6 petang. Paling special pasal Set Dinner ni ada Chicken Soup dengan free drink. Ni pun tak boleh take away. So, ajaklah keluarga korang datang dinner kat Secret Recipe. Hihi.

Promosi Secret Monday kat Secret Recipe

Setiap hari Isnin ada promosi kat Secret Recipe iaitu Secret Monday. Apa rahsianya? Korang boleh dapatkan promosi BELI SATU PERCUMA SATU untuk hidangan utama yang dipilih. Wow! Tapi promosi hanya pada hari Isnin, bermula jam 6 petang tau. Ingat tu.

Haa…nak makan kat Secret Recipe pula lepas ni. Tak boleh tahan tengok main course dengan kek dia yang terbaru dan sedap-sedap. Secret Recipe pun boleh korang jadikan tempat untuk gathering. Jom singgah Secret Recipe untuk cuba menu baru diorang. Weee.

Most Read Today