berita

‘Terima Kasih Yang Paling Manis’- Adakah Ini Bukti Fattah Amin & Fazura Ada ‘Something’?

September 14th, 2017 | by Ash Nordin | 0 comments
17.9K
reads
2.3K
shares
Isu & Kontroversi

Fattah Amin dan Fazura merupakan antara nama besar dalam industri hiburan tempatan. Bila mereka bergabung dalam drama siri popular Hero Seorang Cinderella tak lama dahulu, ramai mengatakan mereka ni mempunyai chemistry walaupun pertama kali berlakon bersama.

Masing-masing masih single dan ramai yang mendoakan agar mereka dipertemukan jodoh dengan cepat. Hari ni merupakan hari lahir Fattah Amin dan kira-kira pukul 12 malam semalam Fazura memuat naik foto ini. Ramai yang cakap sweet.

Selamat hari jadi Fattah Amin

Bagi anda yang mengikuti perkembangan Fazura di sosial media, Fazura kini berada di New York atas urusan kerja. Walaupun sibuk, Fazura tidak terlepas untuk membuat ucapan buat Fattah Amin.

Selamat hari lahir Abdul Fattah bin Mohd Amin. Semoga Allah SWT sentiasa melindungi dan merahmati mu dengan takdir kebaikan di dalam dunia sampai akhirat. Amin Allahuma Amin.

Ini respon dari pelakon tersebut.

Peminat doakan yang terbaik

Sumber: Instagram Nur Fazura

The following two tabs change content below.