berita

Terima Pemohonan Maaf Dari Zizan Razak, Tindakan Hans Isaac Dipuji Netizen

September 25th, 2017 | by Shafika
Isu & Kontroversi

Semalam, Hans Isaac meluahkan rasa kesal terhadap Zizan yang membuat lawak pangkat ‘Datuk’ sehingga menjejaskan imejnya. Walau bagaimanapun, Zizan Razak telah memohon maaf secara terbuka kepada semua pihak yang berkecil hati di atas keterlanjurannya bergurau.

Artikel Berkaitan : Isu Gurauan ‘Datuk’, Zizan Razak Mohon Maaf Kepada Hans Isaac

Terbaru, Hans Isaac telah menerima pemohonan maaf itu dan berharap agar kedua peminat dapat berdamai.

Hormat satu sama lain

https://www.instagram.com/p/BZc2zj3BdB_/?taken-by=hansisaac

Siapa yang follow saya di IG ni, saya nak bagi statement sikit. Dia pun sudah call saya kami sudah berbincang. Saya pun sudah maafkan dia. Terima kasih kepada peminat atas kata-kata anda.

Kepada dua pihak, antara peminat saya dan Zizan, kita patut hormati satu sama lain. Jangan guna kata-kata atau ayat kasar. Case close guys! Harap semua ini dah cukup dan tak payah dibincang lagi. Maaf satu sama lain.

Menerusi laman Instagram milik Hans Isaac, dia telah memuat naik video memaafkan Zizan di Instagramnya dan memberitahu isu antara mereka berdua juga sudah selesai.

Netizen puji tindakan Hans Isaac

Sumber : hansisaac, mstar

 

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×