berita

Teringin Nak Merasa Bawak Bas & Pelbagai Aktiviti Interaktif? Jom Pergi Sini!

November 21st, 2017 | by Azyan
Kini Trending

Pada Selasa lepas, Oh Bulan dijemput untuk merasai sendiri pengalaman di Expo Negaraku! Bukan calang-calang event ni, memang gempak habis event dia.  Admin lagi excited dari budak-budak tau! Semua benda nak try! Dapat belajar perkembangan negara kita melalui kaedah yang menarik dan interaktif! Apa yang ada di expo tu? Ha nak bagitahu lah ni!

Ada 5 dome menarik tentang perkembangan infrastruktur terbaru dan akan datang yang korang wajib pergi! Kenapa 5 dome? Sebab ia mewakili 5 rukun negara! Kreatif kan?

Admin yakin korang tak akan bosan kalau pergi event ni. Yang mana suka ambil gambar tu, sediakan kamera, kasi setting kamera korang ngam-ngam. Korang takkan percaya yang event ni merupakan event di Malaysia.

Dapat merasa naik LRT,MRT, KTM,MONORAIL, HSR dan ECRL!

Admin excited gila okay time ni. Rasa macam dalam train betul! Bagi yang tak sempat nak merasa naik MRT tu boleh lah naik ni. Korang just duduk, tengok skrin dan enjoy the journey! Bukan MRT je, korang juga boleh merasa perjalanan dan tempat-tempat yang korang akan lalu kalau korang naik HSR dan ECRL!

Bangga weh tengok bangunan-bangunan yang semakin pesat di negara kita ni. Bukan di Kuala Lumpur je, tapi di tempat-tempat lain juga. Bagi yang tak tahu apa  itu HSR, ia merupakan projek Koridor Selatan Rel Berkelajuan Tinggi! Jadi, korang dapatlah tengok laluan train tersebut!

Teringin nak bawa bas? Korang boleh try Rapid KL Simulator!

Feeling habis weh! Kalau selama ni asyik naik bas je, sekali-sekali try lah bawa bas pulak. Bukan senang tau nak try stimulator ni, tak semua tempat ada ha so korang kena jadi antara orang-orang yang pernah try stimulator ni!

Tak bosan langsung!

Hampir semua info yang dipaparkan kepada korang menggunakan kaedah interaktif. So, memang tak bosan langsung! Gerenti! Korang boleh tengok sendiri gambar-gambar kat bawah ni. Feed Instagram korang mesti terus hype!

Admin terpukau dengan kreativiti yang digunakan untuk menarik perhatian pengunjung! Nak tahu video apa yang dimainkan? Kenalah tengok sendiri.. hehe

Bagi yang ingin mengikut perkembangan telefon di Malaysia, korang boleh pergi kt sini. Pelbagai jenis telefon dipaparkan!

Korang memang wajib bergambar di Pancaran 360 ni! Cantik sangat. Design dia berubah-rubah tau bukan satu je, so amik time korang okay bila dekat sini! 

Ada jambatan gantung juga dekat expo ni. Kalau korang selama ni takut nak naik jambatan gantung real, korang boleh lah try yang ni.

Persembahan apa pula ni? Kenapa berlampu biru? Kalau korang nak tahu kenalah datang sendiri. Hehe

Ada aktiviti untuk kanak-kanak ke?

Mestilah ada! Expo ini memang tempat yang paling ngam untuk pergi bersama keluarga. Lagi-lagi time cuti sekolah ni, ha elok lah tambahkan ilmu pengetahuan dekat adik-adik kita kan? Cara penyampaian yang menarik dan berwarna-warni dapat memudahkan proses pembelajaran. Meh tengok apa yang disediakan untuk adik-adik kita ni.

Adik-adik atau anak-anak korang boleh melukis berlatarbelakangkan skrin bergerak! Menarik bukan? 

Bukan tu je, ada juga panel sensitif sentuhan! Bila korang sentuh je dia berwarna. Comel gila wey! 

Macam best je! Bila event ni? Dekat mana?!

Ada banyak lagi sebenarnya perkembangan negara yang kita tak tahu. Kalau korang tahu, mesti korang laaagi rasa bangga! Cara paling mudah untuk korang timba ilmu mengenai perkembangan Malaysia semestinya di Expo Negaraku pada 15 November hingga 15 Disember 2017 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur! Event ni bermula pukul 10pagi-10 malam( Isnin-Khamis) dan 10pagi-11malam (Jumaat- Ahad)!

Pelbagai info menarik di samping aktiviti menarik yang diadakan! Minggu pertama akan ada zumba dan futsal. Minggu kedua ada festival makanan! Fuhh, best ni wey ada pesta buah-buahan, pertandingan memasak, pasar malam dan macam-macam lagi!

Minggu ke 3 pulak ada pelbagai persembahan kebudayaan dari semua negeri! Ha , mana yang pernah masuk zapin, masuk boria ke boleh lah datang lepas rindu. Sekaligus korang boleh tengok adat negeri lain pula. Ada juga persembahan “Lawak Kita”!

Minggu ke 4 ada Karnival KL 2017! Ishh, ini seronok ni! Ada treasure hunt, permainan rakyat dan paling best, KL City Go-Kart! Banyak betul aktiviti keluarga yang korang boleh join!

Setiap malam pula korang akan disajikan dengan pertunjukan bunga api! Ini admin excited juga nak tengok. Yelah, selalu masa Hari Merdeka je dapat tengok bunga api dekat Dataran Merdeka ni.

Korang nanti dah sakan ambil gambar di Expo Negaraku tu, korang jangan lupa letak hashtag #EXPONEGARAKU tau! Mana tahu boleh menang merchandise istimewa ni!

Dataran Merdeka susah lah nak parking..

Jangan risau, korang boleh naik train atau pun naik grab! Kalau nak naik train, boleh tengok jadual perjalanan dan kalau nak naik Grab, guna code dibawah untuk dapatkan promo!

Korang boleh pergi berseronok sambil menimba ilmu mengenai negara kita ni! Di samping persembahan dan aktiviti menarik, ada juga teater dan info-info yang mampu menaikkan kesedaran betapa bertuahnya kita tinggal di Malaysia ni! Jadi, sama-sama kita timba ilmu mengenai negara kita untuk masa depan yang lebih baik.

SKIP THIS AD ×