berita

Teringin Nak Pergi Jeju? Make Sure Semua Tempat-Tempat Best Ni Ada Dalam Checklist Korang!

February 20th, 2018 | by Nurul
Kini Trending

Annyeong! Korang tahu tak gambar-gambar di atas ni kat mana? Siapa rajin tengok drama Korea mesti familiar dengan tempat-tempat ni semua. Inilah Pulau Jeju!

Pulau Jeju adalah destinasi pelancongan nombor satu di Republik Korea serta diiktiraf oleh  UNESCO sebagai Rizab Biosfera, Warisan Alam Dunia, dan Global Geopark.

Untuk pengetahuan korang, AirAsia X telah melancarkan penerbangan terus ke destinasi terbaru iaitu Jeju, Korea Selatan. So, lepas ni takde transit dah, boleh fly direct ke Jeju. Yahoo!

Kenapa Jeju?

Haa.. menurut Park Hong Bai, CEO Jeju Tourism Organization, rakyat Malaysia adalah antara yang teramai suka berkunjung ke Jeju sekaligus meningkatkan tahap kebolehpasaran pelancongan pulau tersebut.

Admin juga antara yang bertuah dapat menyertai percutian ke Jeju bersama Air Asia X dan Jeju Tourism Organization (JTO)  serta merasai sendiri pengalaman bercuti semasa musim sejuk. Ada banyak sangat tempat menarik yang admin tak sabar nak share dengan korang semua.

Jom baca ni…

Jeju Dongmun Traditional Market

Sekali tengok, Dongmun Tradisional Market ni sama je macam pasar malam kat Malaysia. Tapi, bila masuk je ke sini, feel dia tu lain macam! Terletak di lorong-lorong rumah kedai, tersusun dan kemas je!

Kalau korang nak tahu, Dongmun Tradisional Market ni didirikan pada 1945 dan merupakan pasar tertua di Pulau Jeju!

Haa..kat sini, korang boleh tengok ahjussi dan ajumma jual buah-buahan, sayur-sayuran, makanan laut, pakaian, kasut dan cenderamata. Bukan itu je,  korang jugak boleh rasa street food diorang yang unik seperti hotteok (pancake), odeng (fish cake), waffle, sotong bakar, ais krim hallabong dan banyak lagi!

Makan panas-panas dengan cuaca sejuk, memang layan!

Kalau nak shopping buah tangan untuk bawak balik, memang Dongmun Traditional Marketlah tempatnya! Ada key chain, fridge magnet dan paling istimewa, coklat Hallabong, keluaran Pulau Jeju sendiri. Dah lah murah, berkualiti pulak tu barang-barang yang dijual.

Waktu operasi: Setiap hari, 8.00 am – 9.00 pm

Teseum/ Teddy Bear Museum

Apa yang boleh admin describe pasal Teseum ni adalah cuteness overload! Serius bila masuk je Teseum ni, rasa macam nak jadi budak-budak balik.

Museum berkonsep baru yang pertama di dunia ni mempamerkan ribuan teddy bear yang digayakan dalam bermacam-macam tema dan kostum contohnya, safari, hidupan marin, sejarah, Hollywood, adegan filem dan macam-macam lagi!

Selain itu, ada satu ruangan khas yang dibuat berkisahkan dari filem Princess Hours yang pernah jadi hit suatu ketika dulu. Kat sini, teddy bear ni semua dipakaikan kostum menyerupai watak dalam cerita tu. Siapa layan cerita ni, mesti tahu scene-scene yang dipamerkan!

Lepas dah pusing satu muzium, korang jugak boleh shopping souvenir di kedai cenderamata. Rasa nak beli je semua teddy bear ni!

Waktu operasi: Setiap hari, 8.30 am – 7.00 pm

Painters Hero Show

Apa akan jadi bila lukisan, muzikal dan komedi digabungkan? Memang epik la jawapannya!

Painters Hero Show ni adalah persembahan pentas dari sekumpulan pelukis yang bukan saja boleh melukis, tetapi menari dan melawak jugak!

Kalau korang nak tahu, persembahan The Painters HERO ni adalah persembahan inovatif yang menggabungkan paparan lukisan sebenar dengan kesan visual, termasuk seni video 3D, disertai dengan muzik, memek muka, tarian dan komedi.

Lukisan yang diorang hasilkan bukan je cantik, tapi terselit jugak unsur surprise yang penonton memang tak boleh jangka.

Walaupun diorang tak bercakap, tapi memang boleh kata semua orang terhibur dengan persembahan diorang ni. 75 minit tu rasa macam tak cukup je!

Waktu persembahan: Dua kali pada setiap hari, 5.00 pm & 8.00 pm

Play KPOP Museum

Siapa sini hantu KPOP angkat tangan!

Haa..kepada peminat BIGBANG, 2NE1, AOA, Lee Hyori, PSY dan CLON, korang kena datang sini!  Play KPOP Museum ni adalah muzium digital menggunakan teknologi canggih yang boleh buat korang rasa dekat sangat dengan idola KPOP korang.

Kat sini, korang boleh tengok video animasi 3D 360 darjah, karaoke lagu KPOP, menari dengan KPOP star pilihan korang dan yang paling best, tengok konsert hologram secara LIVE! Walaupun hologram, tapi rasa macam real dan dekat sangat dengan idol KPOP korang.

Admin sempatlah tengok konsert hologram G-Dragon dan memang fuh! Rasa macam dekat konsert betul-betul!

Kat sini jugak, ada dijual segala macam merchandise ekslusif dari artis KPOP favourite korang!  Ada baju, kasut, alat tulis, topi, make-up dan macam-macam lagilah!

Oh ya, surau juga disediakan untuk pengunjung yang beragama Islam.

Waktu operasi: Setiap hari (kecuali Selasa Mac & Disember), 9.00 am – 7.00 pm

Jeju-E-In Tangerine Farm

Jeju terkenal sebagai pengeluar limau mandarin terbesar dan ladang limau adalah salah satu tempat tarikan pelancong .Kalau korang ke Jeju, korang boleh nampak banyak sangat ladang limau di sepanjang lebuh rayanya. Gebu dan besar-besar pulak tu limaunya!

Sebab tulah, ladang-ladang limau kat sini memang semuanya dihias cantik dan bersih. Memang Instagram worthy sangat!

Lagi menarik, korang boleh petik limau kat ladang tu sendiri tau! Nanti, korang akan dapat bakul comel dan pemetik buah. Haa..isilah bakul tu penuh-penuh dengan limau. Lepas tu, korang boleh bawak balik dan makan limau tu puas-puas!

Waktu operasi: Setiap hari (kecuali Rabu), 10.00 am – 6.00 pm

Camellia Hill

Bila sampai sini, dari tak minat bunga, terus jadi minah bunga uols!

Camellia Hill ni memang sesuai untuk dilawati terutamanya pada musim sejuk. Dengan cuaca dingin dan berangin, lepas tu slow walk sambil menjamu mata dengan bunga-bungaan, memang feeling macam dalam filem Korea!

Siapa yang pergi ke Jeju untuk honeymoon tu, korang wajib datang sini dah nikmati sendiri keindahan bunga kamelia! Lepas dah penat berjalan tu, bolehlah singgah minum kopi untuk panaskan badan kat cafe-cafe comel yang ada di sini.

Waktu operasi: Setiap hari, 8.30 am – 5.00 pm

Makanan halal? Jangan risau..

Perkara yang paling penting kalau kita travel adalah makan. Kalau korang nak tahu, pihak JTO sentiasa mengalu-alukan kedatangan rakyat Malaysia dan telah menaiktaraf sistem insfrastruktur bagi pelancong Muslim.

So, tak payah korang pening-pening nak cari makanan halal sebab kat Jeju ni, banyak restoran Muslim-friendly yang menghidangkan makanan Korea halal dan sedap!

Jom tengok senarai restoran yang korang wajib pergi..

Cheon-hae-cheon restaurant

Restoran ni adalah berkonsepkan buffet dan steamboat, di mana korang boleh makan seberapa banyak pun yang korang nak. Ada pelbagai pilihan makanan seperti daging halal, sayur-sayuran, makanan laut, buah-buahan, pencuci mulut dan makanan bergoreng.

Memang makan sampai tersandarlah!

Sang-chun-jae Restaurant

Restoran ni terletak di Jeju-si, Jeju-do dan terkenal dengan makanan tradisi Korea. Suasana restoran ni sangat homey dan membuatkan kita rasa selesa je nak makan.

Bila dah datang sini, jangan terkejut pulak dengan variasi makanan tradisi Korea yang dorang akan hidangkan. Sampai penuh meja!

Yang wajib korang cuba di sini adalah bibimbap (nasi campur) dengan pelbagai pilihan sayur dan makanan laut. Lazat!

Chun-shi-mi-ne Restaurant

Restoran ni pulak terkenal dengan menu ikan bakar yang fresh dan sangatlah sedap. Aduh..masih teringat-ingat keenakan ikan bakar kat sini!

Selain tu, ada lagi menu popular diorang yang korang boleh cuba seperti braised fish, hot pot, seaweed maki dan banyak lagi!

Seong-won Restaurant

Seong-won Restaurant ni memang famous di kalangan penduduk tempatan.  Selain menyajikan stew makanan laut seperti abalon dan udang, pengunjung jugak boleh menikmati pemandangan dari atas pelabuhan.

Restoran ni jugak kerap dikunjungi oleh Muslim dari pelbagai negara termasuk Malaysia sendiri.

Indian Kitchen Restaurant

Pertama kali jejak kaki dalam restoran ni, admin dah jatuh hati. Interior dan dekorasi restoran ni memang high class sangat!

Lepas tu, terbau pulak masakan ayam panggang dan kari. Makan pulak dengan roti naan bersama mango lassi. Perghh..memang terangkat!

Jeju, kena ada dalam list destinasi wajib korang!

Sejujurnya, percutian 5 hari 4 malam ke Jeju memang tak cukup bagi admin. Rasa macam nak pergi lagi dan lagi!

Serius kalau korang nak pergi honeymoon atau bercuti, Jeju memang patut ada dalam list korang. Gerenti korang akan dapat 1001 pengalaman yang tak akan jumpa di mana-mana.

Untuk maklumat lanjut, korang boleh layari Visit Jeju dan dapat segala info yang korang perlukan.

Terima kasih Air Asia X dan Jeju Tourism Organization untuk pengalaman berharga ini!

 

SKIP THIS AD ×