berita

Terkesan Dengan Helah ‘Cumi Cumi’, Netizen Tak Percaya Ucapan ‘I Love You’ Indah Ruhaila Kepada Hael Husaini

December 15th, 2017 | by Ai
Isu & Kontroversi

Selepas satu Malaysia ditipu gimik lagu Pematah Hati nyanyian Nabila Razali, kini netizen lebih berhati-hati sebelum mempercayai hubungan artis mahu pun selebriti. Nampaknya hebat betul penangan lagu ‘cumi cumi’ ni ye.

Baru-baru ini penyanyi Indah Ruhaila telah memuat naik satu gambar di akaun Instgramnya untuk mengucapkan selamat hari jadi kepada penyanyi kacak, Hael Husaini. Gambar tersebut juga menunjukkan kedua-dua pasangan yang lahir daripada program realiti tv itu sedang berpegangan tangan di sebuah taman.

Indah dan Hael bercinta?

https://www.instagram.com/p/BcfOUZzFIPZ/?taken-by=indahruhaila

Pada gambar Indah tersebut, turut diselitkan dengan kapsyen romantis beserta ucapan ‘I love you’. Ternyata kenyataan tersebut mendapat perhatian netizen yang beranggapan bahawa Indah dan Hael sedang bercinta. Namun, ada sesetangah yang menepis dakwaan tersebut kerana mereka ini sememangnya telah berkawan baik sejak awal lagi .

Tidak buat spekulasi

Tidak ingin ditipu lagi, netizen kini kini lebih bijak dan tidak sewenangnya membuat spekulasi. Sebaliknya, mereka mengambil pendekatan untuk tunggu dan lihat tentang pasangan ini sebelum mengeluarkan apa-apa kenyataan. Nampaknya netizen betul-betul trauma tak nak terlalu percaya hubungan akrab sesetengah artis masa kini.

Jika benar mereka ini sedang bercinta pun, apa salahnya? Indah dan Hael pun sudah lama berkawan dan mereka dilihat amat serasi bersama. Tapi, jika ini juga merupakan satu gimik, anda pastinya sudah bijak untuk menilai. Apa-apa pun kita doakan yang terbaik sahaja untuk kedua-dua pasangan ini.

Sumber: Indah Ruhaila

SKIP THIS AD ×