berita

‘Terpaksa Padam Sebab Banyak Sangat Komen Buruk’ – Sharifah Aleya Terkilan Gambar Bersama Suami Dikecam

April 10th, 2018 | by Shafika
Isu & Kontroversi

Pelakon Sharifah Aleya kian menyepikan diri dalam bidang lakonan sejak beberapa tahun kebelakangan ini bagi memfokuskan minatnya dalam bidang pengacaraan dan temu bual secara belakang tabir.

Terbaru, timbul satu gosip dimana Sharifah Aleya dikecam peminat gara-gara sebuah foto bercumbuan bersama suami dimuatnaik melalui akaun instagramnya. Ini respon Sharifah Aleya.

‘Bibir kami tidak bersentuhan..’

Dalam satu status baru yang dimuatnaik tersebut Sharifah Aleya menafikan dakwaan bahawa dia melakukan aksi bercium dalam gambar sebelum ini  dan cuba menjelaskan situasi yang sebenar kepada peminat. Sharifah Aleya telah pun memadam gambar tersebut namun terkilan kerana netizen mengganggap gambar tersebut kelihatan jijik dan menggunakan kata-kata yang kasar diruangan komen.

‘Terpaksa padam gambar sebab banyak komen buruk’ 

Bagaimana pun Sharifah Aleya mendoakan mana-mana netizen yang telah meninggalkan komen buruk pada gambarnya untuk menemui kabahagiaan.

‘Maklumlah, artis sendu..’

Sharifah Aleya telah menggantikan gambar tersebut dengan satu lagi gambar bersama suami yang lebih sopan untuk dilihat. Apa-apa pun admin pasti dia tahu mana yang terbaik buat dirinya. Admin doakan semoga Sharifah Aleya bahagia bersama suami.

Credit: Sharifah Aleya

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×