berita

Teruk Dihentam Isu Suplemen Bayi, Neelofa Akhirnya Buka Mulut

February 6th, 2018 | by faris
Isu & Kontroversi

Beberapa hari lepas pelakon Neelofa teruk dihentam kerana mempromosikan suplemen menganjalkan kulit yang dipercayai boleh juga menyembuhkan eczema untuk bayi. Netizen dan doktor sendiri menyelar tindakan pelakon itu kerana dilihat boleh membahayakan kesihatan bayi.

Artikel berkaitan: Promosi Suplemen Pemutih Untuk Bayi, Aktres Popular Dihentam. Selamat Ke?

Tidak terus membuat kenyataan setelah isu berkenaan viral, Neelofa akhirnya membuka mulut mengenai hal berkenaan. Ini respon ringkas pelakon berkenaan.

Hargai komen dan keprihatinan semua

Katanya, dia sedia maklum mengenai situasi dihadapi CnG (nama produk dipromosikan) yang berkait dengan Igstory miliknya. Tambahnya, dia menghargai dan memahami komen dan  keprihatinan semua.

Pihak pengurusan CnG bekerja keras untuk menjernihkan isu ini dan berusaha bagi menyelesaikan kekeliruan yang berlaku. Neelofa juga turut meluahkan penghargaan kerana kesabaran dan pemahaman semua.

Semua orang buat silap

Responnya itu mendapat perhatian pengikutnya dan mengatakan sebagai manusia, adalah normal untuk melakukan kesilapan. Namun apa yang membezakan antara semua adalah bagaimana kesilapan itu ditangani.

Profesionalism terbaik!

Ada juga pengikut si cantik ini yang merasakan respon ringkas Neelofa itu menunjukkan tahap profesionalisme pelakon berkenaan dalam berhadapan kritikan.

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×