berita

Tetak Anak Kandung Sehingga Mati, Bapa Dakwa Dengar Bisikan

August 14th, 2018 | by Arini Saleh
Kini Trending

Seorang kanak-kanak berusia lima tahun maut selepas ditetak bapa kandung sendiri yang positif dadah. Kira-kira jam 5.45 petang semalam polis menerima panggilan dari seorang lelaki memaklumkan terdapat kanak-kanak jatuh dari tingkat empat sebuah flat di Puchong.

Ketika kejadian, mangsa sedang tidur dan bapa bertindak menetak sebanyak tiga kali sehingga mati.

Tetak di kepala & tangan

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Mohammad Azlin Sadari memaklumkan hasil siasatan mendapati kanak-kanak lelaki itu telah ditetak sebanyak tiga kali ketika mangsa sedang tidur. Pemeriksaan di lokasi kejadian itu turut menemui sebilah parang.

Mangsa telah ditetak oleh bapa kandungnya yang berumur 35 tahun sebanyak tiga kali semasa sedang tidur dan juga mengalami kecederaan pada bahagian kepala serta pergelangan tangan kanan.

Semasa kejadian berlaku, hanya suspek dan mangsa sahaja berada di rumah. Hasil ujian air kencing yang telah dijalankan mendapati suspek positif syabu.

Bapa dakwa dengar bisikan

Katanya lagi, kejadian itu disedari seorang penduduk yang menyangkakan kanak-kanak tersebut terjatuh dari tingkat 4 flat berkenaan. Selepas membunuh mangsa, suspek dikatakan meletak mayat anaknya di luar pintu rumah dan dia mengurung diri. Suspek mengaku membunuh mangsa selepas mendakwa mendengar suara menyuruhnya membuat demikian.

Siasatan mendapati suspek peminum tegar air ketum selain saringan air kencing mendapati dia positif syabu. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 kanun keseksaan.

Sumber : Buletin TV3

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×