berita

‘Thank You Sayang’ – Isteri Selamat Lahirkan Bayi Perempuan, Ini Ucapan Jovian Mandagie

November 2nd, 2017 | by Ai
Kini Trending

Siapa yang tidak kenal dengan pereka fesyen terkemuka negara Jovian Mandagie ini. Beliau terkenal dengan rekaan busana-busana indah terutamanya untuk perkahwinan para selebriti dan orang-orang kenamaan. Malah, pemilik butik Jovian Mandagie Sdn Bhd ini baru sahaja pulang memperagakan hasil rekaannya di Singapore Fashion Week 2017.

Terbaru menerusi laman Instagram miliknya, Jovian telah berkongsi detik indah apabila memuat naik foto isterinya Nina Ismail yang selamat melahirkan puteri sulung mereka pada 1 November 2017.

Selamat Melahirkan Puteri Sulung

Keceriaan jelas terpancar melalui foto-foto yang dimuat naik di Instagram milinya dan beliau berterima kasih kepada isterinya kerana telah mengurniakan mereka cahaya mata.

Thank you sayang, no words can describe how thankful I am for what you have done today. You’re beyond wonderful. Love you ?

Jovian turut memaklumkan isteri dan bayinya berada dalam keadaan sihat serta sempat berterima kasih kepada semua yang mendoakan kesihatan isteri dan anaknya.

 Dah Ada Akaun Instagram

Sama seperti anak-anak celebriti lain, puteri sulung Jovian ini sudah pon memiliki akaun Instagramnya sendiri yang diberi nama @mandagie_jr untuk berkongsi detik indah dan telatah comel anaknya itu.

Tahniah diucapkan kepada Jovian dan isterinya Nina Ismail. Semoga Baby Mandagie Jr membesar menjadi anak yang baik dan solehah.

Sumber: Jovian Mandagie, Nina Ismail, Mandagie_jr

SKIP THIS AD ×