berita

The Three Stooges!

August 13th, 2012 | by Ai
Shout Out!

Mengelikan hati dengan lawak klasik merupakan kehebatan dalam filem The Three Stooges ini.

Manakan tidak apabila filem ini dibintangi Sean Hayes, Will Sasso dan Chris Diamantopoulos sebagai Larry, Curly dan Moe yang mempunyai bakat luar biasa.

Jika dahulu The Farrelly brothers bergelut untuk bertungkus lumus dalam pembikinan tiga filem yang terdiri daripada Dumb and Dumber, Kingpin dan There’s Something about Mary.

Kini setelah 15 tahun, mereka sekali lagi menghasilkan filem lawak klasik dengan meminjam plot daripada The Brothers Blues untuk pembikinan The Three Stoooges.

Filem The Three Stooges merupakan kitar semula bahan yang telah distrukturkan daripada filem pendek Three Stooges dengan hanya menambah dimensi baru kepada watak-watak yang telah sedia ada.

Dalam penghasilan The Three Stooges ini, pengarah Bobby dan Peter Farrelly menekankan plot penceritaan berasaskan emosi yang lebih mengutamakan sifat ketawa dengan mengekalkan nilai keseronokan.

Dari sudut itu, dibentangkan The Three Stooges iaitu kisah Larry, Curly dan Moe di mana mereka merupakan 3 orang bayi yang ditinggalkan di rumah anak yatim di awal penceritaan.

Seterusnya, mereka memulakan misi dengan memerlukan peruntukan sebanyak $ 830,000 untuk menyelamatkan rumah anak yatim daripada hampir bankrap.

Mereka sanggup melakukan segalanya sehingga mendarat diri mereka ke kancah kesusahan untuk sejumlah wang.

Dengan sedikit tipu daya dan kerja kotor yang dilakukan, ianya mendatangkan kemudaratan berlebihan samada kepada diri mereka sendiri atau pihak lain.

Filem yang banyak menciptakan kesan bunyi dengan menggunakan bunyi kaki tangan yang klasik, potongan rambut dan lain-lain menyerlahkan lagi telatah tulen mereka berdasarkan sifat fizikal dan popular.

SKIP THIS AD ×