berita

‘Tidak Ada Siapa Mahu Berkawan Dengan Saya’ – Sofi Jikan

July 11th, 2018 | by Amat
Kini Trending

Baru-baru ini nama Sufi Jikan terpalit dengan isu penyalahgunaan dadah pada awal tahun ini. Menerusi Metro, Sofi Jikan mengakui tidak mendapat sebarang tawaran berlakon dan beberapa projek ditarik balik oleh produksi.  Dia turut mendedahkan kebanyakan rakan lari dan menjauhkan diri daripadanya selepas insiden tersebut.

Sofi Jikan meluahkan rasa kecewa dengan Farid Kamil yang tegar bertindak demikian terhadap dirinya. Saat kita jatuh tersungkur begini baru kita tahu siapa kawan yang sebenar.

Saya disenarai hitam

Sejujurnya, selepas timbul kes berkenaan saya tidak mendapat sebarang tawaran berlakon. Kalau ada pun, pihak terbabit batalkan. Malah, beberapa projek yang dipersetujui sebelum ini mengarahkan saya untuk menulis surat dengan alasan menarik diri.

Saya juga tidak boleh terbabit dalam sebarang program di kaca TV. Saya tidak pasti sama ada nama disenarai hitam kerana tidak ada hitam putih. Saya pula jenis malas nak bertanya dan tidak suka merungut. Nak buat saya, buatlah.

Bagaimanapun, dia tidak mahu prejudis atas tindakan segelintir pihak dan produski terbabit. Malah, dia turut mengakui ramai rakan turut menghilangkan diri dan tidak menjawab panggilan telefon.

Kalau saya hubungi atau menghantar mesej, mereka tidak jawab. Dari situ, baru saya tahu siapa kawan dan lawan. Mungkin mereka tidak mahu terbabit dengan saya, jadi tidak ada siapa mahu berkawan dengan saya.

Saya masih tak percaya dia sanggup buat begitu

Saya terima apa saja orang cakap mengenai diri saya. Lagipun, apa berlaku ada hikmah di sebaliknya. Dari situ ia dapat membuka ruang untuk saya menceburi bidang perniagaan. Diakui ada beberapa rakan nak pertemukan saya dan Farid, tetapi saya tidak berminat. Malah, Farid juga ada menghubungi, tapi saya tak jawab.

Terus terang, saya masih belum boleh terima apa yang dia lakukan terhadap saya. Saya macam tidak percaya dia sanggup buat seperti itu. Disebabkan tindakannya, saya hilang segala-galanya.

Sumber: Metro

SKIP THIS AD ×