berita

‘Tidak Memberi Kesan Kepada Saya’ – Didakwa Diperli Neelofa, Ini Respon Tenang Fazura

March 19th, 2018 | by Shafika
Isu & Kontroversi

Sejak kebelakangan ini, nama Nur Fazura sering menjadi bualan hangat netizen. Bukan sahaja cantik, malah ramai yang memuji sikap pelakon ini yang sering merendah diri. Tidak hairanlah, apa sahaja dilakukan Fazura pasti menjadi perhatian.

Baru-baru ini kecoh di laman sosial apabila segelintir peminat yang mendakwa seorang selebriti wanita menyindir dirinya di laman sosial. Namun, ini jawapan tenang pihak Fazura.

Tidak mahu cakap pasal orang

Saya tidak mahu bercakap pasal orang dan kalau orang nak cakap pasal saya, terpulanglah

Isteri kepada pelakon Fattah Amin itu berkata, apa yang berlaku bukan urusannya dan berasakan adalah lebih baik fokus pada diri sendiri sahaja.

Dia juga tidak kisah andai ada insan di luar sana yang tetap mahu fokus pada dirinya, itu terserah kepada mereka.

Tidak memberi kesan

Kalau betul sekali pun ada pihak berniat berbuat demikian seperti didakwa (peminat), perkara itu tidak langsung memberi kesan terhadap diri saya.

Minggu lalu, seorang netizen di Twitter membangkitkan mengenai satu video di Instagram (IG) story Neelofa seolah-olah memerli satu video yang dimuat naik oleh Fazura di ‘IG story’.

Dakwa netizen itu lagi, Fazura sebelum itu terlebih dahulu membuat video seakan sama di lokasi penggambaran. Namun, bagi Fazura ianya tidak memberi kesan kepada dirinya.

Saya okay sahaja

Kalau ada orang lain nak gunakan jenama itu pun tak mengapa. Saya okay saja jika nak berkongsi nama dan idea.

Saya sedar dengan timbulnya perkara itu, saya juga boleh menjadi sumber inspirasi buat orang lain.

Dalam pada itu, jenama Befaz yang dilancarkan pada minggu lepas turut mendapat tempias apabila ada mendakwa Fazura meniru jenama lain yang sebelum ini sudah dilancarkan. Katanya, isu itu bukan masalah besar sebab pihaknya sudah mengusahakan produk itu dan menjalankan kempen sejak 2017.

Cuma, katanya dia mengambil masa untuk melancarkannya sejajar dengan penganjuran showcase One Music Live Session. Baginya, dia enggan melayan atau ambil peduli dengan sebarang provokasi yang dilihat sengaja mengusik emosinya.

Sumber : Harian Metro

 

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×