berita

‘Tidak Semena-mena Fathia Muat Naik Gambar Saya & Zul’- Elizabeth Tan

April 24th, 2018 | by Ash Nordin
Isu & Kontroversi

Nama Zul Ariffin kembali hangat sejak aktor berbadan sador itu dikhabarkan sudah putus cinta dengan Zahirah Macwilson. Seperti pasangan kekasih yang sudah berakhir, pastinya masing-masing inginkan space dan masa  untuk memulihkan emosi dan sebagainya. Terbaru, Fathia Latiff telah memuat naik foto Zul bersama Elizabeth di Instagram.

Namun, apa yang membuatkan Elizabeth terkejut ialah bila membaca kapsyen di foto tersebut. Apa yang Fathia tulis?

Tidak pernah berjumpa, berkawan

Ternyata tindakan pelakon kontroversi, Fathia Latiff memuat naik foto Elizabeth Tan bersama Zul Ariffin membuatkan penyanyi itu terkejut. Elizabeth Tan atau lebih mesra dipanggil Lizzy berharap supaya tiada pihak yang salah faham dengan perkongsian foto di Instagram Fathia itu, terutama sekali pada bahagian kapsyen ditulis Fathia.

Saya dimaklumkan pengurus mengenai perkara itu. Lucu ada… Terkejut pun ada. Ini kerana tidak semena-mena Fathia memuat naik gambar saya dan Zul sedangkan kami sedang berlakon bersama.

Saya tidak pernah berjumpa Fathia, apatah lagi berkawan dengannya.

Elizabeth sendiri telah memuat naik foto dirinya bersama Zul dipercayai dirakam di lokasi pembikinan filem di Bukit Fraser, Selangor. Walaubagaimanapun, Fathia dipercayai membuat paparan skrin serta berkongsi foto yang sama, awal pagi semalam. Namun, foto itu sudah dipadam.

Tambah Elizabeth, dia berharap perkongsian Fathia itu tidak akan menimbulkan salah faham dikalangan peminat mahupun individu yang rapat dengan aktor berkenaan.

Biarpun tidak mengenali Fathia secara rapat, saya mendoakan yang terbaik buat dirinya.

Sumber: Berita Harian

Save

Save

Save

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×