berita

Tidak Terikat Dengan Astro, Say Who Akui Lebih Popular Di Malaysia

May 19th, 2014 | by Noraniza
Kini Trending

Screen Shot 2014-05-19 at 4.19.41 PM

Siapa yang tidak kenal dengan trio yang berasal dari negara seberang ini? Say Who yang terdiri daripada Bocil, Eko dan Vicha ini dilihat agak unik berbanding kumpulan lain, lebih-lebih lagi dengan saiz Bocil yang sangat comel seperti kanak-kanak.

Mula mencipta nama menerusi program realiti lawak terkemuka, keletah mereka yang bersahaja itu telah memikat hati penonton, baik yang dewasa mahupun di kalangan kanak-kanak.

Terkini, ketika ditemui di Planet Gempak Ola Bola Pulau Pinang, Say Who mengakui bahawa mereka lebih dikenali di Malaysia berbanding di negara kelahiran mereka.

Screen Shot 2014-05-19 at 4.20.02 PMAksi Say Who di Planet Gempak Ola Bola

“Iya. Kami akui lebih dikenali di Malaysia. Kerana di Indonesia, kami lebih kepada karier individual. Wujudnya kumpulan Say Who itu kerana pentas Malaysia.

Malah, kami juga sebenarnya sudah 2 tahun menetap di Malaysia. Jika ada yang perlukan kami di Indonesia, kami akan pulang sebentar. Cuma, lebih tawarannya di Malaysia.”

Bagaimanapun, mereka juga memberitahu bahawa mereka sering mendapat tawaran secara individual yang tidak memerlukan mereka tampil sebagai Say Who.

“Selalunya juga mereka perlu kami secara asing-asing. Jadi kami akan atur jadual supaya tidak mengganggu jadual kumpulan Say Who. Lagipula kami duduk serumah, makanya senang berurusan. “

Namun, dek kerana Say who dilahirkan daripada sebuah program realiti terbitan televisyen swasta, ramai pihak beranggapan bahawa mereka terikat dengan pengurusan syarikat tersebut.

“Selalu mereka takut untuk membuat tawaran kepada kami kerana mereka fikir kami di bawah Astro. Secara realitinya tidak. Kami sedia terima tawaran dari mana-mana syarikat untuk kembangkan Say Who.”

Dalam pada itu, mereka kini sedang dalam perancangan untuk merakam lagu single Say Who dan juga sedang sibuk dalam proses penggambaran beberapa buah drama.

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×