berita

Tips Atasi Masalah Rambut Kusam

July 29th, 2013 | by Ai
Kini Trendy

Rambut Kusam 1

Umum tahu, masalah rambut adalah perkara yang biasa terjadi pada setiap orang. Ada bermacam-macam masalah berkenaan rambut yang sering terjadi. Ia termasuklah kelemumur, rambut gatal, rambut rapuh dan yang sering terjadi, namun tidak diendahkan ialah masalah rambut kusam.

Kesan daripada rambut yang kusam, ia membuatkan anda kelihatan tidak bermaya, selekeh dan juga hilang penampilan diri. Ada beberapa isu dimana mereka yang mengalami masalah rambut kusam menyebabkan mereka hilang keyakinan diri.

Namun, tahukah anda, udara kotor adalah punca utama kepada penyebab rambut menjadi kering dan kusam?

Selain itu, kandungan detergen yang terdapat pada syampu juga adalah penyebab kepada rambut menjadi kusam. Penggunaan syampu setiap hari akan menyebabkan pelembab semulajadi rambut semakin berkurangan.

Screen Shot 2013-07-18 at 12.46.27 PM

Jangan anda anggap kecil, sebenarnya menyikat rambut ketika rambut masih basah juga adalah penyebab utama rambut menjadi kusam.

Bagi mereka yang mengalami masalah seperti ini, tak perlu risau kerana setiap masalah ada jalan penyelesaiannya. Antaranya ialah :

  1. Jangan bilas rambut anda dengan air panas. Bilaslah dengan air dingin kerana ia akan menjaga kelembapan rambut anda.
  2. Lepaskan ikatan rambut ketika tidur, anda tidak mahu rambut anda bergumpal ketika tidur kan?
  3. Hentikan sementara penggunaan pengering rambut dan juga pengeriting rambut. Suhu yang panas juga menyebabkan rambut anda kehilangan nutrient semulajadinya.

Tips rambut kusam

Selain itu, seperti yang dibincangkan tadi, jangan sikat rambut anda ketika basah. Keringkan dahulu menggunakan tuala dan sikatlah rambut secara perlahan.

Artikel Berkaitan :

Bagi mereka yang pentingkan penjagaan rapi serta rambut yang sihat dan semulajadi, anda boleh cuba produk Schwarzkopf Extra Care Ultimate Repair. Dengan kandungan cecair keratin 3 kali lebih tinggi, ia menguatkan serta memberikan rambut nutrient yang penting untuk kekal sihat.

Bagi yang tidak tahu, keratin adalah kandungan utama yang membentuk rambut dan kuku. Formulasinya yang dipertingkat didalam syampu ini mampu membuatkan anda lebih yakin dan bermaya.

SKIP THIS AD ×