berita

Titah Sultan Johor Yang Terbaru Ini Mendapat Sumpah Taat Setia Daripada Kaum Cina Sendiri

September 17th, 2015 | by Ash Nordin
Kini Trending

TitahSultanJohor

Ekoran dengan sifat perkauman yang makin meluas di Malaysia, semalam Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar sekali lagi bertitah menolak sebarang unsur perkauman, baginda tidak akan menerima mana-mana pihak yang cuba mencetuskan isu itu.

Selain itu, baginda menegaskan untuk mengenakan tindakan ke atas mana-mana pihak yang cuba menghasut  dan mengamalkan sikap perkauman di negeri Johor.

“Mereka yang mengamal sikap ini, di nasihatkan supaya keluar dari Johor Darul Ta’zim serta-merta”

SultanJohor

Di Johor Darul Ta’zim, tiada tempat dan ruang untuk mereka yang membenci dan mengamalkan sikap perkauman. Mereka yang membenci dan mengamalkan perkauman tidak pernah saya terima di Johor Darul Ta’zim dan tidak mungkin saya menerima mereka. Mereka yang mengamal sikap ini, di nasihatkan supaya keluar dari Johor Darul Ta’zim serta-merta, kerana Johor adalah rumah kepada Bangsa Johor yang terdiri dari Orang Melayu, kaum Cina dan kaum India. Ini adalah satu perintah-jangan amalkan sikap perkauman dan membenci, atau lebih baik tinggalkan Johor.“Saya telah bertungkus-lumus untuk kepentingan Bangsa Johor dan Negeri Johor, untuk memastikan semua hidup dalam harmoni dan Johor semakin maju. Nenek moyang saya, kerajaan negeri, Bangsa Johor dan saya telah berkerja keras untuk menyatu rakyat Johor dan membawa pelabur asing untuk memajukan negeri Johor. Mereka yang menghasut Bangsa Johor untuk membenci dan mengamal sikap perkauman akan berhadapan dengan tindakan tegas. Sebagai Sultan Johor, amanah saya ialah kepada rakyat saya dan negeri Johor. Rakyat saya adalah keutamaan saya. Mereka ini perlu berhadapan dengan saya, jika perkara membenci, menghasut dan isu perkauman diamalkan di Johor.
“Ini bukan zaman batu, Orang Melayu, kaum Cina dan India, semua telah memainkan peranan masing-masing. Johor adalah rumah kepada semua Bangsa Johor.
“Kepada pihak berkuasa, berkas mereka yang menghasut Bangsa Johor untuk membenci dan mempromosikan perkauman. Jangan pilih kasih, cari jalan penyelesaianya ke akar umbi,” -Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

?#?sultanibrahimofficial??#?sultanjohor??#?luaskankuasamu??#?jdt??#?muafakatbangsajohor?
?#?royaljohor??#?sultanjohordanrakyatberpisahtiada?

Titah baginda yang dikongsi melalui laman Facebooknya ternyata mendapat sumpah setia daripada ribuan kaum Cina yang menetap di sana.

Daulat Tuanku!

Screen Shot 2015-09-16 at 16.24.18 Screen Shot 2015-09-16 at 16.24.46 Screen Shot 2015-09-16 at 16.25.20 Screen Shot 2015-09-16 at 16.25.43 Screen Shot 2015-09-16 at 16.25.57

Di Johor, hanya satu bangsa…Iaitu bangsa Johor…!

Screen Shot 2015-09-16 at 16.25.57 Screen Shot 2015-09-16 at 16.30.08 Screen Shot 2015-09-16 at 16.30.31 Screen Shot 2015-09-16 at 16.30.53

I love Johor, because we have Best Sultan

Screen Shot 2015-09-16 at 16.33.55 Screen Shot 2015-09-16 at 16.34.31 Screen Shot 2015-09-16 at 16.36.05 Screen Shot 2015-09-16 at 16.36.21 Screen Shot 2015-09-16 at 16.36.35 Screen Shot 2015-09-16 at 16.37.05

Sumber: Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×