berita

Tiz Zaqyah Duta Terbaru Produk MAY!

September 13th, 2012 | by Ai
Make-It-Senang

Masih ingat dengan lakonan hebat daripada si pelakon jelita dalam filem Nurkasih?

Watak yang dibawa oleh Tiz Zaqyah masih melekat di kotak pemikiran kita apabila beliau menjiwai watak tersebut dengan professional.

Menerusi artikel daripada Budiey, baru-baru ini di Flora Terrace, Hempshire Place, Kuala Lumpur telah berlansungnya sebuah pelancaran produk terbaru MAY iaitu Diamond Dazzle dan pengumuman perlantikan duta terbaru untuk produk MAY.

Tiz Zaqyah yang sering tampil menawan telah menghadiri majlis pelancaran tersebut dan dilantik menjadi duta terbaru bagi produk MAY.

Tidak hairanlah beliau dilantik menjadi duta tersebut kerana beliau sering tampil dengan personaliti yang menarik disamping tingkah laku yang menceriakan.

Beliau kelihatan anggun pada majlis tersebut dengan menggayakan busana berwarna merah jambu yang berperincian batu eksklusif daripada Wanpa.

Apa-apa pun, Ohbulan mengucapkan tahniah pada Tiz Zaqyah atas perlantikan sebagai duta terbaru produk May iaitu Diamond Dazzle dan Ohbulan yakin beliau mampu mengalas tanggungjawab tersebut dengan baik!

Sumber : Sensasi Selebriti!

SKIP THIS AD ×