berita

‘Tolonglah Bantu’ – Viral Video Adik Beradik Tinggal Dalam Rumah Penuh Sampah

October 6th, 2017 | by Wan
Kini Trending

Sayu hati kami apabila melihat video sebuah keluarga tinggal di dalam rumah usang penuh sampah sarap. Video yang dirakamkan secara live oleh seorang pengguna Facebook, Vivi Sumanti itu sehingga kini mendapat lebih 1000 perkongsian oleh netizen.

Menerusi kapsyen video itu, rumah yang disewa keluarga tersebut terletak di Kampung Sireh Bawah Lembah, Kota Bharu Kelantan. Difahamkan wanita di dalam video tersebut tidak bekerja dan telah pun bercerai dengan suaminya beberapa tahun yang lalu.

Rumah penuh sampah

Apa yang menimbulkan tanda tanya dalam kalangan netizen ialah bagaimana keluarga ini meneruskan kehidupan seharian dalam keadaan yang serba kekurangan. Difahamkan anak-anak wanita ini juga tidak bersekolah.

Pelbagai pendapat dan pandangan diberikan netizen antaranya mahu pihak berwajib memberikan bantuan segera kepada keluarga ini. Tak kurang juga ada yang mahu membantu dari segi kewangan.

Setakat ini masih belum dipastikan kisah sebenar disebalik kedaifan keluarga malang ini namun berharap bantuan sewajarnya diberikan kepada mereka tambahan pula anak-anak masih kecil.

Sumber : Vivi Sumanti

SKIP THIS AD ×