berita

Tonton Dan Menang Adam & Hawa

September 26th, 2012 | by Ai
Shout Out!

Nampaknya drama bersiri Adam dan Hawa semakin menambat hati dikalangan penonton Astro. Oleh itu, bagi menghangatkan lagi sambutan penonton drama bersiri ini, pihak Astro telah menganjurkan satu peraduan khusus yang dikenali sebagai Tonton Dan Menang Adam & Hawa.

Bagi menyertai peraduan ini, anda haruslah menonton drama bersiri Adam dan Hawa mulai episod 17 hingga 24, di mana episod-episod tersebut akan mula ditayangkan pada 24 September hingga 4 Oktober 2012 di Astro Mustika HD saluran 134.

Untuk peraduan ini, anda dikehendaki menjawab 8 soalan mudah dimana satu soalan akan disiarkan setiap hari di laman web www.astro.com.my/adamdanhawa sejurus selepas episod pada hari tersebut selesai bersiaran. Selepas itu, kumpul kesemua 8 soalan dan jawab bermula 4 Oktober, 10.30 malam.

Peraduan Tonton Dan Menang Adam & Hawa ini akan dibuka sehingga 14 Oktober 2012.

Bagi anda yang sememangnya peminat setia drama bersiri Adam dan Hawa, jangan lepaskan peluang untuk menyertai peraduan ini.

 Pelbagai Hadiah Menarik Menanti Anda:
  • Hadiah Utama     : 2 tiket pergi balik ke Perth, Australia tajaan Pusat Pelancongan Australia.
  • Tempat Pertama : Ipad 2 64gb
  • Tempat Kedua    : Ipod Touch 64gb

Apa tunggu lagi? Jom tonton drama bersiri Adam & Hawa dan menangi hadiah-hadiah menarik seperti di atas sekarang!

SKIP THIS AD ×