berita

Tony Fernandes Umum Harga Tambang Khas Ke Sabah & Sarawak Pada PRU14

April 13th, 2018 | by Wan
Kini Trending

Beberapa hari yang lalu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan tarikh Pilihan Raya Umum ke-14 pada 9 Mei 2018. Sejurus pengumuman itu dibuat, ramai yang mengeluh kerana 9 Mei jatuh pada hari bekerja iaitu pada hari rabu.

Prihatin dengan keluhan rakyat, kerajaan bagaimanapun telah mengisytiharkan 9 Mei sebagai cuti umum sempena pilihan raya. Terbaru, syarikat penerbangan tambang rendah, AirAsia menerusi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Tan Sri Tony Fernandes mengumumkan berita gembira apabila tambang khas untuk perjalanan ke Sabah dan Sarawak untuk tempahan pada 8 dan 9 Mei nanti.

Tambang khas

Tambang untuk penerbangan dari Kuala Lumpur dan Johor Bahru ke Sarawak akan ditetapkan pada RM120 sehala manakala Sabah RM199 sehala. Manakala tiket ke barat semenanjung akan ditawarkan pada RM99 sehala. Orang ramai bagaimanapun hanya boleh membuat tempahan tiket bermula Isnin, 16 April nanti.

Tony Fernandes juga memaklumkan pesawat yang lebih besar, AirAsia X jenis A330 akan digunakan pada tarikh berkenaan bagi menampung permintaan yang tinggi dari pelanggan.

Terima kasih AirAsia!

SKIP THIS AD ×