berita

Trailer : ‘Rock Oo : Rimba Bara Kembali’ Bakal Menggeletek Perut Anda!

December 12th, 2012 | by Ai
Filem Tempatan

“Rimba Bara sama macam kumpulan Scorpion cuma agama je lain” – Zainuri Misfar

Ketawa kami saat membaca kenyataan itu di video ini. Mungkin anda sudah pernah menonton filem ‘Rock’ sebelum ini yang diarahkan oleh pengarah terkenal, Mamat Khalid. Masih ingat dengan lakonan Que Haidar dan Hasnul Rahmat? Atau mungkin watak Zul Kapan yang dibawa oleh Shoffi Jikan?

Filem arahan Mamat Khalid ini sekali lagi bakal menampilkan artis terkenal seperti Que Haidar, Khir Rahman, Sofi Jikan serta Pekin Ibrahim. ‘Rock Oo’ merupakan kesinambungan filem ‘Rock’ yang mengisahkan tentang perjuangan rockers kampung iaitu ‘Rimba Bara’ yang bersemangat teguh untuk menempah nama di arena muzik tempatan yang akhirnya menjadi kenyataan.

Jangan risau, penantian anda selama ini bakal ditunaikan apabila filem terbaru, ‘Rock Oo : Rimba Bara Kembali’ akan menemui anda di pawagam pada tahun 2013! Mari lihat teaser trailer filem ini!

SKIP THIS AD ×