berita

Trailer: The Purge, Bila Membunuh Bukan Lagi Satu Jenayah

August 12th, 2013 | by Ai
Filem Antarabangsa

stillshots-5

Semakin maju dunia berkembang, semakin banyak kemusnahan yang melanda. Itulah yang dapat digambarkan dari filem terbaru arahan James DeMonaco berjudul The Purge.

Filem bergenre spekulatif ngeri yang menggunakan latar masa pada tahun 2022 ini mengisahkan tentang undang-undang kerajaan Amerika yang meluluskan kejadian jenayah berlaku selama tempoh 12 jam pada satu malam tertentu.

Pada malam tersebut, setiap perlakuan jenayah termasuk rompak dan membunuh tidak langsung dianggap sebagai satu kesalahan. Tambah teruk lagi, pihak polis dan hospital dilarang membantu mereka yang menjadi mangsa.

stillshots-12

Konflik The Purge bermula sewaktu seorang lelaki muncul di hadapan kediaman James Sandin (Ethan Hawke) untuk meminta bantuan kerana dikejar oleh sekumpulan penjahat.

Keadaan menjadi semakin parah apabila James berdepan dilema sama ada mahu membantu lelaki itu atau menyerahkannya kepada penjahat demi keselamatan keluarganya. Dalam masa yang sama kediaman James telah dikepung oleh penjahat yang menakutkan itu.

Apakah yang akan dilakukan oleh James? Jika anda hidup di zaman itu, apa pula tindakan anda sekiranya berdepan situasi kritikal seperti ini?

stillshots-7

Untuk pengetahuan anda, selain daripada Ethan Hawke, The Purge turut dibintangi barisan pelakon terkemuka seperti Lena Headey, Rhys Wakefield, Max Burkholder dan Adelaide Kane.

Jangan lupa saksikan filem penuh debaran ini di pawagam berhampiran anda pada 22 Ogos 2013. Sementara itu, OHBULAN! percaya pasti ramai yang gementar dan teruja selepas menonton sedutan trailer The Purge di bawah.

SKIP THIS AD ×