berita

[Trendsetter] Tips Mengayakan Fesyen Tudung Trendy Untuk Remaja

May 3rd, 2012 | by M
Kini Trending

Fesyen berhijab (tudung) adalah sangat simbolik dengan wanita muslimah. Namun begitu semakin hari semakin terdapat pelbagai fesyen tudung telah dipasarkan diluar sana. Terdapat pelbagai juga pengayaan tudung telah direka oleh sebahagian golongan pengikut fesyen diluar sana. Apa yg kita dapati terdapat dua jenis tudung yang dapat kita kenal pasti sekarang,iaitu jenis tudung sarung dan selendang.

Dari segi pemilihan material tudung pula terdapat dari pelbagai jenis. Diantara jenis material tudung yang terdapat dipasaran adalah terdiri daripada material chiffon, satin, cotton dan juga lycra (getah). Ada juga sebahagian jenis tudung yang dihasilkan dari gabungan 2 atau lebih material kain untuk menghasilkan sejenis tudung.

Bentuk rupa paras seseorang muslimah juga adalah salah satu faktor untuk pemakaian dan pemilihan jenis tudung. Ini kerana ada sedikit kesesuaian yang boleh kita lihat dari pemilihan tudung untuk rupa bentuk paras seseorang muslimah. Oleh itu sangat penting bagi seseorang muslimah untuk mencuba serta mencari jenis tudung atau selendang yang bersesusaian digayakan oleh individu tersebut.

Bagi fesyen tudung sarung kebiasaannya ia lebih sesuai digayakan bagi seseorang muslimah yang telah meningkat dewasa. Contohnya, ia lebih bersesuaian digayakan oleh kaum ibu dan juga wanita yang berusia bermula dari lingkungan 30an. Namun begitu fesyen selendang pula ia lebih bersesuaian jika digayakan oleh anak-anak belasan tahun dan golongan remaja. Kerana ia akan lebih tampak sesuai dengan imej ceria dan keremajaan.

Pemilihan warna juga memainkan peranan yang penting bagi pengayaan tudung. Ada yang mengikut kesesuaian warna kulit untuk pemilihan warna tudung. Namun ada juga pemilihan warna tudung dibuat mengikut kepadanan warna pakaian yang bersesuaian ketika masa itu. Sebahagian juga memilih warna tudung mengikut situasi. Contohnya, mengayakan tudung yang berona terang untuk situasi yang ceria manakala mengayakan rona tudung yang lembut dan pastel pada waktu santai.

Pengayaan tudung juga harus disesuaikan dengan faktor situasi tempat. Contohnya, pemilihan corak yang lebih abstrak akan digayakan ketika beriadah atau berkunjung ke pusat beli belah. Sebaliknya pula pemilihan tudung dengan corak yang lebih ringkas atau tidak bercorak akan digayakan ke pejabat dan majlis-majlis lebih formal.

Tudung yang semakin banyak dihasilkan dipasaran pula boleh didapati dibanyak tempat antaranya di pasar raya, pusat beli belah, pasar malam, kiosk kecil dan terbaru kita boleh mendapatkannya melalui pembelian menerusi online. Pembelian menerusi online biasanya boleh kita dapati melalui penjualan di Facebook dan juga di banyak blogspot.

Mengenai penjenamaan juga banyak kita boleh dapati di pasaran sekarang. Diantara jenama yang ada di Malaysia ini antaranya jenama tudung Ariani, tudung Fareeda, tudung Hajaba, tudung Ratu dan pelbagai lagi. Tidak terkecuali juga tudung yang dihasilkan dengan pelbagai penjenamaan dari pihak peniaga sendiri.

Fesyen bertudung juga telah dapat diterima oleh serata dunia namun ia telah menjadi satu ikon dan tuntutan Islam buat golongan muslimah sejak dulu lagi. Fesyen bertudung bukan la lagi menjadi perkara yang asing pada industri fesyen kita sekarang kerana ia juga telah setaraf dengan fesyen pakaian yang sedia ada dan juga kelengkapan diri kita yang lain.

Nota: Gambar sekadar hiasan, sumber Google.com.

The following two tabs change content below.

M

Founder OHBULAN! yang kini bergiat secara serius dalam industri media & pengiklanan. Beliau membantu para klien mencapai pelanggan yang berpotensi melalui kempen pengiklanan secara menyeluruh dan berkesan.

SKIP THIS AD ×