berita

Tropicana Twister Hadiahkan Kereta BMW & Mazda!

September 3rd, 2013 | by Ai
Make-It-Senang

Tropicana Twister-22

Kecintaan kepada jus buah-buahan dan kesungguhan untuk mengambil bahagian dalam peraduan telah menyaksikan empat rakyat Malaysia memandu pulang kereta baru setiap seorang selepas muncul sebagai pemenang peraduan popular Tropicana Twister, Live.Love.Life.

Yusniza Yussof, telah muncul sebagai pemenang hadiah utama berupa sebuah BMW 320i dan pemenang hadiah bulanan Norma Jahya, Liyaquat Ali Abdul Hamid dan Zaini Abdullah, masing-masing memenangi sebuah Mazda 2.

Kesemua mereka melahirkan perasaan tidak percaya dan teruja apabila menerima hadiah mereka pada majlis ringkas yang diadakan pada minggu lepas.

“Ini adalah hadiah ‘pertama’ yang pernah saya terima dan saya masih terkejut!” kata Yusniza, 31 tahun, seorang pembantu pentadbiran dari Jalan Gurney di sini.

“Saya telah pernah mengambil bahagian dalam peraduan ini pada tahun lepas tetapi gagal untuk menang apa-apa, jadi tahun ini saya fikir saya hanya mencuba nasib saya sekali lagi dan tak sangka saya menang hadiah terbesar dalam hidup saya!”

Tropicana Twister-21

Pemenang kereta BMW 320i

Peraduan Tropicana Live.Love.Life yang telah bermula pada bulan Mac dan berakhir pada bulan Jun menawarkan pelbagai hadiah hebat bernilai hampir RM900, 000 kepada peserta. Selain kereta, hadiah-hadiah lain yang telah disampaikan kepada para pemenang termasuklah TV LED & sistem teater rumah berjenama, komputer riba dan telefon bimbit.

Pemenang bulanan telah dipilih berdasarkan jumlah penyertaan yang dihantar. Semua pemenang lain, termasuk pemenang hadiah utama, bagaimanapun, telah dipilih secara rawak, yang bermakna setiap peserta mempunyai peluang untuk menang walaupun hanya dengan satu penyertaan.

Untuk mengambil bahagian, peserta dikehendaki untuk membeli sebotol Tropicana Twister 1.5L atau 355ml sebarang varian – Oren, Epal, Laici, Blackcurrant atau Juicy Burst, kemudian jawab satu soalan dan sertakan bilangan label tertentu sebagai bukti pembelian.

Peraduan bagi tahun ini sudah berakhir, nantikan untuk edisi tahun depan ya! Untuk maklumat lanjut dan berita tentang Tropicana Twister, layari www.tropicanatwister.com.my.

SKIP THIS AD ×