berita

Tudung Bawal Eksklusif Daripada Swarovski

July 18th, 2012 | by Ai
Kini Trending

Dewasa ini terdapat pelabagai jenis dan reka bentuk tudung yang terdapat di pasaran. Kesemuanya memiliki keistimewaan dan daya tarikannya yang tersendiri. Bersesuaian dengan peredaran zaman, tudung turut menjadi element penting dalam transformasi dunia fesyen muslimah masa kini.

Pada suatu ketika dahulu, tudung bawal merupakan satu fenomena yang cukup popular terutama pada awal tahun 90an. Akan tetapi, pada masa kini tudung bawal telah mengalami transformasi dari segi rekaannya, di mana ia telah dipadankan dengan pelbagai jenis perincian seperti manik, jemeki, labuci, bunga benang dan juga batu permata.

Secara umumnya, tudung bawal diperbuat daripada fabrik voil dan ianya mempunyai kualiti dan gred yang tersendiri. Oleh itu, bagi individu yang menggemarkan tudung bawal berkualiti tinggi, tudung bawal rekaan eksklusif pasti menjadi pilihan utama.

Tudung bawal rekaan eksklusif ini telah diterjemahkan daripada fabrik voil berkualiti tinggi dari Jepun dan ia telah dipadankan dengan hamparan perincian batu Swarovski. Setakat ini hanya beberapa jenama terkenal sahaja yang diperakui secara eksklusif menggunakan batu permata bermutu tinggi dari Austria ini, antaranya seperti Lorenzo, Jimmy Choo dan Bawal Exclusive.

Tudung bawal merupakan tudung yang sangat istimewa dan unik kerana ia tidak lapuk ditelan zaman. Maka, tidak hairanlah sekiranya ramai wanita muslimah masa kini lebih gemar menggayakan tudung bawal untuk pakaian harian mereka dan dengan stail yang tersendiri.

 Sumber : Sinar Harian, CtRedzuan

SKIP THIS AD ×