berita

Tuhan Sayang Saya – Wan Sharmila Respon Isu Babak Ranjang

May 2nd, 2013 | by Ai
Isu & Kontroversi

Wan Sharmila

Pelakon genit, Wan Sharmila melahirkan rasa lega apabila adegan ranjangnya bersama Fizz Fairuz menerusi filem Bisikan Syaitan tidak dipertontonkan kepada umum.

Menurut Wan Sharmila, pada awalnya dia memang mengelak untuk melakonkan babak tersebut dan melahirkan rasa tidak selesa dengan adegan sebegitu.

Perkataan pertama yang keluar dari mulut saya adalah, Tuhan sayang saya. Agaknya la kot.

Biasalah kalau keluar adegan macam itu akan ada kontroversi. Mungkin kat situ kita boleh tengok ada rahmat disebaliknya.

Lagipun tak payah nak panas-panaskan lagi nama saya, nanti orang menyampah pula,” komen Wan Sharmila sewaktu bertemu di tayangan perdana filem Bisikan Syaitan Selasa lalu.

Dalam pada itu, aktres ini turut melahirkan rasa syukur dan menganggap segala yang berlaku ada hikmah disebaliknya.

“Bila adegan itu dipotong, senang bagi saya untuk elak orang bercakap buruk dan pandang negatif pada diri saya.

“Walaupun babak itu hanya sekadar lakonan, susah kita nak terangkan pada semua orang perkara yang sebenar. Jadi, saya bersyukurlah akhirnya adegan tersebut tak diluluskan oleh Lembaga Penapisan Filem (LPF).”

Bagi anda yang gemar menonton filem genra seram dan ingin menyaksikan sendiri bagaimana lakonan mantap gandingan Wan Sharmila dan Fizz Fairuz, jangan lupa untuk menonton filem Bisikan Syaitan mulai hari ini di pawagam berhampiran anda.

SKIP THIS AD ×