berita

Tulang Belakang Dah Kritikal – Wanita Ini Dedah Kenapa Jangan Ambil Mudah Jika Anak Pernah Jatuh

December 9th, 2015 | by Wan | 11 comments
660
reads
41
shares
Gaya Hidup

jatuh

Sebagai seorang ibu pastinya satu pengalaman yang menyeronokkan apabila anak kecil membesar dengan normal seperti kanak-kanak yang lain. Mula merangkak dan akhirnya mampu berjalan.

Tak dapat dinafikan sepanjang pembesaran anak tersebut, macam-macam ‘kemalangan’ kecil berlaku contohnya terjatuh, terlentang dan banyak.

Baca perkongsian ibu ini tentang bahaya jika anak korang pernah terjatuh ketika kecil.

Rupanya anak ada masalah tulang belakang

jln1

Salam. Saya nak kongsi 1 perkara. Ada anak pernah tjatuh dr katil masa umurnya 5 bulan. Ya, bergolek merangkak atas tubuh ibunya yg sedang tidur mati dek kepenatan di siang hari. Slpas jatuh, ibu ini dapati pergerakan anaknya normal pada pandangannya. Mampu merangkak dan bjalan pada usia 12 bulan. Tapi,bila dah setahun, anak ini hadapi masalah payah nk poo poo. 4@ 5 hari, sekali sahaja dpt poo poo. Itu pun poo poo sambil mnangis2. Ibu ayahnya ikhtiar suapkan buah-buahan, bg air sprti vitagen, air delima,tp hasilnya,masih xmampu poo poo dgn kerap. Setelah itu, anak ini(kini berusia 1y 8m) telah ditegur oleh seorang tukang urut yang berpengalaman,katanya anak ini ada masalah tulang belakang. Simtom yg diberitahu oleh tukang urut berpengalaman tersebut adalah ; adakah anak pernah terjatuh(cth:katil,buai,dari dokongan orang,semasa naik walker) ,adakah anaksusah untuk buang air besar,najisnya keras, ada timbul sisik pada kulit(anak ini ada sisik/kulit kasar sdikit di atas buku lali kanan),makan tidak selera seperti kanak kanak lain,tidur yang bunyi dengkuran(ibunya perasan dengkuran anaknya ada pada umurnya 5 bulan ke atas), bila tidak dapat sesuatu selalu akan meragam,tidur malam yg kerap terjaga(2,3 pagi terjaga menangis terpaksa tidurkan atas bahu sambil didukung oleh [email protected]), mudah mendapat jangkitan selsema dan demam(pendek kata, anak ini sentiasa kena makan ubat bila tidak sihat),air mulut sentiasa mengalir wlupon bukan ketika masa nak tumbuh gigi,punggungnya besar sebelah, bahagian belakang serata sama dengan bahagian punggung, (maknanya tulang belakangnya sudah tiada lekukan yg terdapat lekuk lekuk seperti gigi),betis anak kurang dan payah nak berisi, tiada jaluran urat pada bahagian atas tumit dan “urat ketting”(istilah org kelantan) tidak kelihatan,apabila berjalan terlanggar sesuatu sentiasa nak rebah tanpa boleh pertahankan diri dari terjatuh…..

Tulang belakang sudah kritikal

jln3

Ya, petanda itu semua ada pada anak ini…ya,tulang belakangnya sudah kritikal(kata tukang urut ni). Jika dibiarkan, wlupon pergerakannya di mata ibu ayahnya nampak normal, apabila anak ini di usia dewasa, bkmungkinan besar akan mndapat lumpuh seluruh badan. Wana’uzubillahi min zalik… Solusinya, ibu bapanya kini menghantar anaknya untuk di urut setiap hari sehingga sembuh semata-mata untuk perbetulkan urat yang dah lama terjatuh sewaktu usia anak 5 bulan dahulu. Ikhtiar… jadi nasihat kpd semua ibu bapa, jika anak ada terjatuh, wlupun dr sudut medikalnya slps jatuh jika tiada muntah,demam @ sakit apa apa, segeralah bertindak, bawalah anak samada pergi membuat checkup di klinik yg anda biasa [email protected] @ jumpa pakar terapi bahagian bayi ataupun yang berminat dengan cara tradisional, pergilah berjumpa tukang urut yg betul betul berpengalaman ( biasanya golongan tukang urut ini mendapat warisan turun temurun dari keturunan mereka) untuk di cek. Pastikan seluruh urat dan tubuh anak tiada apa apa. Alhamdulillah, hari ini sudah masuk hari ke-4 anak ini dibawa pergi berurut,lurah tulang belakangnya semakin kelihatan, dapat tidur malam yang lena, selera makan semakin meningkat,kelihatan anak ini semakin selesa badannya. Alhamdulillah! Akhir kata, sama-samalah kita mendoakan agar anak anak syurga kita semua sihat walafiat dari sebarang penyakit. AMEEN YA ALLAH.

Sumber : Huda Hassan

The following two tabs change content below.

Wan

Content Champions at Rev Asia Berhad
Ex boyfriend Neelofa, sedang berusaha memenangi hati Ummi Nazeera, bukan kerabat diraja, penulis bertauliah.

11 Comments

  1. Shanti says:

    Ini mmg betul. Terjadi pada diri sendiri. Bila masuk darjah baru nmpk perubahan di bhgn tulang blkg. Bila checkup utk masuk sekolah asrama penuh ketika F4 baru tahu menghidapi ‘idiopathic scoliosis’ yakni ruas tulang blkg berbentuk normal tp tulang blkg itu sendiri membentuk lingkaran S. Jgn ambil mudah. Makin meningkat usia makin sempit saluran pernafasan.

  2. para para sakura says:

    Saya pun alami benda yang sama. Bila xray masa umur 17 tahun baru tau tulang blkg bengkok. Tp xde la smpi huruf s.

  3. zokan says:

    okeh.

    kena hati-hati la nih.

    kalau jatuh, kena pi check la jawabnya.

  4. momo says:

    sape taw tukang urut professional tu?pls help me

  5. bukan nama sebenar says:

    kalau pernah jatuh tangga kene ker pegi xray? tkot pulak lepas baca ni..

  6. Yanie says:

    Chiropractic adalah suatu metode perawatan yang seringkali dilakukan untuk mengatasi gangguan pada sistem otot & tulang belakang (muskuloskeletal) dan sistem saraf, serta rasa sakit dan cacat yang dihasilkan dari gangguan tersebut.

    *selain tukang urut berpengalaman..kat Malaysia pun ada pakar chiropractic. Boleh dapatkan diagnos dr doktor dulu tentang tahap sebenar masalah tulang belakang sblm membuat rawatan.

  7. Ikutsukahati says:

    Aha..sesape yang tahu tukang urut di area kuala lumpur,selangor or berdekatan,tolong bgtahu sy plssss….. 013-5077295

  8. momi says:

    Anak2 kecik kalau terjatuh, tengok keadaan badan yg terkena…biasanya kita cepat2 tuan dgn hot/cool pad utk redakan lebam atau bengkak. Kalau kepala pun sama tapi lebih baik bawak jumpa doc kalau lepas jatuh tu dia demam ke atau ada perubahan lain. Sbb risiko kepala ni adalah pendarahan dalaman.. yg kita x nampak luka dari luar..

  9. Sazreena says:

    Pernah terjadi pada anak. Jatuh katil dua kali. Walaupun katil rendah & dah tuam apa semua, only recently saya discover ada problem. Alhamdulillah lepas bawak jumpa Nicolas Grimaldi Osteopath KL barulah ok.Jgn ambil mudah sbb ianya berkait rapat dgn sistem lain.