berita

Tunda Permohonan Faraq – Joy Revfa Baru Mohon Pengesahan Nikah Dengan Bekas Suami?

September 12th, 2017 | by Shafika | 7 comments
55.2K
reads
5.9K
shares
Kini Trending

Bulan lalu, media melaporkan perkahwinan Joy dan Hafiz Hamidun berantakan apabila mereka didakwa tidak tinggal sebumbung dan ‘bergaduh’ dengan saling berbalas komen di laman Instagram masing-masing.

Sehingga ke hari ini, netizen masih tertanya mengenai status mereka selepas Hafiz Hamidun membuat sidang media. Menurut sumber dari Harian Metro, Joy kini sedang membuat permohonan pengesahan nikah dengan suami terdahulu.

Pengesahan nikah di Thailand

Permohonan pengesahan nikah mereka di Thailand itu akan didengar oleh hakim pada 19 September ini (Selasa minggu depan) sekiranya tiada berlaku sebarang halangan.

Selepas prosiding itu selesai, satu prosiding lain iaitu berkaitan perceraian pula akan dijalankan.

Menerusi laporan Berita Harian, Joy bersama peguamnya sedang menguruskan dokumen permohonan pengesahan pernikahan yang difailkan sebelum ini. Pernikahan dan perceraian kedua-dua mereka sememangnya berlaku pada 2015, namun tidak disahkan di Malaysia.

Bukan pembubaran nikah tapi perpisahan kehakiman

Oleh itu, tugas kita di mahkamah untuk menentukan ia sah terlebih dulu sebelum diteruskan pula dengan prosiding permohonan faraq.

Saya juga ingin menjelaskan bahawa permohonan faraq itu bukan pembubaran pernikahan, tetapi ia perpisahan kehakiman (sementara). Ia tidak seperti yang banyak dilaporkan media sebelum ini.

Pengurusan mengenai permohonan faraq itu akan dibuat pada Khamis ini. Mereka turut menafikan permohonan itu bertujuan untuk membubarkan nikah seperti didakwa oleh media sebelum ini.

Sijil nikah juga tidak dapat dikeluarkan selagi tiada surat cerai dari Songkhla. Atas nasihat pejabat agama di situ, Joy mendaftarkan permohonan cerai taklik yang berkuat kuasa pada tarikh ia dikemukakan iaitu pada 13 Julai lalu.

Sumber : Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

7 Comments

  1. Nina says:

    Apa perempuan ni?Urusan kahwin,cerai & kahwin orang lain macam Pejabat Agama tu bapak dia punya.Gila apa

  2. Lily says:

    Bla da pki tdung gini..xde la cntik mne pn.

    • Leeya says:

      cantik tu subjektif sgt.semua perempuan pun cantik xkira cerah atau gelap,,tinggi atau rendah.

      one thing for sure after tengok gambar yg dia post and gambar dari media,nampak yg gambar di ig dia sebelum2 ni banyak edit.hihi

  3. hmmmmmm says:

    bekas suami pun patut jalankan tanggungjwb dia bila dah lafaz cerai.. selesaikan lah cepat.. kenapa nak tggu 2 tahun then bila ex nak kahwin lain kan dah susah…

    i blame the ex husband… dan joy ni juga sbb tak amek serius bab kahwin cerai

  4. oh yeee says:

    dia ni retis kah. mcm attention seekers jer..mcm selalu playing victim..haihhh..

  5. deeno says:

    ingat urusan nikah ni kawin pondok2 ke..dah besar panjang la baiii!!!
    gile hapa korang ni!!
    abih tu nikah balik ngan Hafiz Hamidun tu ke..rujuk balik ke!!
    tak paham aku la..semak!!!lg semak ni kang..dia nikah balik ngan ex husband pertama tu balik..ingat drama swasta ka

  6. ujie says:

    joy n bekas suami sama buta agama. Hafiz soalkan status perceraian. seblm joy melalak2 di media sosial skrg sapa yg malu..