berita

Tunggang Motosikal Atau Pandu Kereta. Mana Lagi Seronok?

September 7th, 2016 | by Rudy | 1 comments
81.9K
reads
8.2K
shares
Gaya Hidup

castle-shock

Mana lagi seronok antara menunggang motosikal dengan memandu kereta? Mesti ada antara korang yang pernah diajukan dengan soalan yang macam ni.

Jadi apa jawapan korang? Kalau ditanya, kitorang memang lebih memilih untuk menunggang motosikal. Bukan tak suka memandu kereta secara keseluruhannya. Namun ada aspek-aspek yang perlu kitorang pertimbangkan contohnya jarak dan penjimatan

Sebenarnya ramai yang tak tau, banyak manfaat naik motosikal ni. Antaranya..

Selamat dan efisien #dependpenunggang

ezgif.com-crop (16)

Ha jangan tak tahu pula, korang akan rasa lebih selamat kerana enjin motosikal sudah terjamin kebersihannya. Bila dah bersih nak tunggang motor pun rasa selamat seterusnya menjadikan korang semua penunggang yang efisien.

Tapi jangan nak bangga dulu yang efisien tu motor korang bukan sikap korang tu.

P/S : Tepuk dada tanya diri korang tu penunggang yang efisien tak

Kereta juga selamat dan efisien?

ezgif.com-optimize (20)

Pandu kereta memang selamat sebab tidak terdedah dengan habuk dan debu, tapi malangnya pandu kereta boleh buat korang jadi kaki carut tau. Sebabnya, korang pun faham kan.

Aksi penunggangan lebih bergaya, barulah stylo

Shell

Bila keadaan enjin sudah terjaga, sudah semestinya korang boleh bergaya dengan kenderaan yang ditunggang. Maklum sajalah,minyak pelincir Shell Advance Ultra tidak akan berkurangan sehingga penukaran minyak pada 6000KM.

So pastikan korang tukar minyak pelincir Shell Advance Ultra dalam tempoh perjalanan kilometer 6000 untuk memaksimumkan tahap kuasa kelancaran enjin korang tu.

Naik kereta bergaya tapi..

You-Drive-Out-Way-Pass-His-House

Sememangnya naik kereta memang lebih stylo dan bergaya sebab besar dan nampak hebat tapi jangan tak tau disebalik kereta tu banyak kisah yang masih tertunggak.

#janganambilhati

Seronok menunggang daripada memandu..Yeke?

still thinking giphy

Mana lagi seronok, antara menunggang dengan memandu? Kalau kitorang ni sebab duduk area Kuala Lumpur so lebih sukakan aktiviti menunggang berbanding memandu. Maklum sajalah jalan sesak kan..

Realitinya kitorang suka dibonceng je..Hahahaha. Kenderaan apa pun yang korang bawa, pastikan enjin dijaga dengan baik tau.

Bukan sekadar bahan pelincir tetapi menjaga keadaan enjin

ezgif.com-optimize (19)

Tidak seperti minyak pelincir yang biasa, dengan Shell Advance Ultra korang bukan sekadar memberikan kelancaran terhadap kuasa enjin sebaliknya membantu melindungi enjin korang daripada cepat haus apabila suhu pada enjin meningkat.

Kalau susah sangat nak faham, kami mudahkan buat korang seperti berikut:

-Bila suhu rendah maka geseran dapat dikurangkan

-Bila suhu tinggi maka pelincir bantu melindungi enjin

Penunggangan lebih jauh dan lancar

ezgif.com-optimize (17)

Setiap perjalanan tidak kira jauh atau dekat pastinya kita semua dambakan sesuatu yang lancar. Jadi dengan menggunakan Shell Advance Ultra  tidak perlu risau sebab bahan yang digunakan bukan hanya baik untuk enjin sebaliknya mengurangkan kadar geseran sebab ketumpatan minyak pelincir ini yang rendah.

Selain itu, pelincir ini membolehkan memaksimumkan pengaliran kuasa yang lebih cekap dan seterusnya mengurangkan penggunaan bahan api dan yang pentingnya boleh menjimatkan tenaga bahan api.

Jadinya, kalau dah enjin kita pun dalam keadaan yang baik bolehla menunggang lebih jauh tanpa rasa risau.

P/S : Gambar tu kitorang nk tunjuk contoh je macam mana minyak pelincir dalam enjin kenderaan

Shell Advance Ultra memacu penunggangan lebih lancar!

ezgif.com-crop (15)

Sedar atau tidak sebenarnya Shell Advance merupakan jenama yang sangat dekat dengan kehidupan seharian kita. Untuk pengetahuan korang semua, Shell Advance merupakan jenama yang sangat unggul di pasaran didatangkan dalam dua jenis iaitu 4 stroke (4T) dan 2 stroke (2T).

Baru-baru ini, ada juga pack yang baru dilancarkan dan dengar kata ianya limited edition antaranya:

-Shell Advance Ultra 15W-50 (1L),

-Shell Advance Ultra 10W-40 (1L),

-Shell Advance AX7 10W-40 (1L) 

-Shell Advance AX5 Scooter 15W-40 (0.8 ) dan Shell Advance AX5 15W-40 (1L)

Jadi jangan lupa dapatkan pelincir yang sesuai dengan kenderaan korang. So korang dah tau apabila menggunakan Shell Advance ni kan?

[Info Kilat] Shell Advance Ultra merupakan pelincir yang dihasilkan melalui proses menukarkan gas kepada cecair (gas-to-liquid) GTL menghasilkan  pelincir motosikal sintatik penuh dengan PurePlus Technology ini lebih menfokuskan pembersihan dan perlindungan pada enjin. Hebat kan?

moto GP

Ada berita baik untuk korang yang sukakan dunia sukan permotoran di Malaysia. Bermula sekarang sehingga 15 Oktober 2016 ni korang berpeluang memenangi sepasang tiket Main Grandstand untuk menyaksikan Shell Malaysia MotoGP™ dengan setiap pembelian Shell Advance pek edisi terhad atau pek biasa di bengkel Shell Advance dan kedai terpilih.

Lebih 500 pasang tiket main grandstand untuk dimenangi, bagitahu pada member-member korang tau. Nak tahu info lanjut tentang promosi Shell Advance boleh klik sini.

One Comment

  1. ohp3lir!! says:

    berbelit2 ko crite sebb nk relate dgn iklan minyak tu..serabut la