berita

TV Live Beri Pengalaman Baru Pada Penonton

February 27th, 2013 | by Ai
Kini Trending

Screen Shot 2013-02-27 at 3.38.49 AM

Saat terbaca TV Live, kami pasti anda masing-masing berfikir, apakah yang dimaksudkan dengan TV Live ini, kan?

Pernahkah anda terfikir untuk menonton rancangan-rancangan seperti “RM1,000,000 Money Drop”, “Betul Ke Bohong” ataupun “Maharaja Lawak” secara langsung? Namun, tidak pernah tahu bagaimana untuk mendapatkan tiket masuk?

Melalui TV Live, peminat diberikan satu medium dimana anda sebagai penonton mendapat peluang untuk menonton secara langsung rancangan-rancangan yang biasa ditonton di kaca televisyen. TV Live menyediakan tiket-tiket percuma kepada para peminat dan peminat hanya perlu mendaftar sebagai ahli untuk mendapat peluang menonton pelbagai rancangan secara langsung.

Menurut Keroz Nazri yang juga merupakan salah seorang ‘co-founder’ TV Live, TV Live diwujudkan selepas beberapa kaji selidik dilakukan.

“Berdasarkan kami punya ‘survey’ selama 12 bulan, kami tanya bagaimana mereka mahu datang ke rakaman siaran televisyen, mereka (peminat) semua tidak tahu.”

“Disebabkan itu, saya rasa TV Live ini patut ada untuk memudahkan penonton yang memang peminat setia sesebuah rancangan itu tahu macam mana mereka mahu tengok rancangan kegemaran mereka secara ‘live’ (langsung),” tambah Keroz yang juga merupakan seorang komposer dan penyanyi.

Baru saja dilancarkan, anda boleh melawat laman web rasmi, www.tvlive.com.my, dan nikmati peluang yang ada.

SKIP THIS AD ×