berita

U Mobile Nak Kasi Tiket Konsert G-Dragon? Hanya Dengan Sertai Peraduan Di Instagram! Wow Macam Mana Tu?

August 30th, 2017 | by Noraniza
Shout Out!

Bila bercakap tentang G-Dragon je, mesti ramai peminat Kpop yang teruja. Mana tak nya, penyanyi yang dulunya terkenal dari kumpulan Big Bang kini sememangnya mendapat perhatian yang sangat hebat dikalangan remaja. Kalau korang tak kenal siapa G-Dragon ni, memang pelik lah! Dengar nama pun dah tahu famous. Dia juga telah menulis sebanyak 23 buah lagu hit seperti Loser, Lies, Bang Bang Bang dan banyak lagi!

Seperti yang kita semua tahu, G-Dragon bakal melancarkan konsert – Act III M.O.T.T.E di Kuala Lumpur pada 17 September 2017 tidak lama lagi. Tapi sayangnya, semua tiket dah pun habis di jual! Alamak macam mana ni?

Ha berita terbaik untuk korang semua, U Mobile sedang mengadakan peraduan di Instagram untuk korang semua berpeluang memenangi tiket konsert G-Dragon ni tau! Bestnya weh! 

G-Dragon datang Malaysia! Bestnyaaaaaa!

Excited gila admin bila dengar G-dragon nak datang Malaysia. Maklumlah, bukan senang untuk kita jumpa artis Kpop ni kan? Masa Running Man datang pun berpusu-pusu orang pergi. Tak boleh jadi ni, kena pergi jugak kali ini!

G-Dragon dikenali sebagai Fashion Icon. Memang stylo habis mamat ni!

Nama sebenar dia adalah Kwon Ji Yong yang berasal dari Seoul, Korea dan baru berumur 30 tahun. Muda lagi tau, ada can ni! Hehe oh ya, G-Dragon ini juga merupakan salah seorang artis Kpop yang tercatat memiliki sebanyak 12 juta followers di Instagram di antara semua artis yang lain! OMG! Kalau korang belum follow, jangan lupa untuk follow G-Dragon!

Dia juga mempunyai fesyen yang unik dan menarik perhatian bila berpakaian dan telah bekerja dengan beberapa pereka fesyen malah menjadi duta jenama Chanel di Korea. Artis ini juga telah menghadiri beberapa fashion show dari pereka fesyen yang ternama. Wow!

U Mobile nak kasi VIP tiket dan soundcheck passes secara PERCUMA! Betul ke ni?!

Ya, betul tu. Kali ini peraduan yang dianjurkan oleh U Mobile memang gempak habis. Kenapa? Sebab korang semua berpeluang untuk memenangi 3 pasang VIP tiket dan sepasang tiket untuk soundcheck passes secara PERCUMA! Siapa tak nak woih! Nak beli mahai gila, U Mobile nak kasi free je ni. Bestnya!

Nak tahu caranya? Simple je. Ikuti langkah di bawah!

Record video korang selama 30 saat ketika korang tengah buat sesuatu yang ada kena mengena dengan tune G-Dragon ini. Buat lah se-kreatif yang mungkin!

Oh satu lagi, korang jangan lupa untuk masukkan elemen OREN dalam video korang tau!

Upload video korang diikuti dengan caption yang kreatif! Refer seperti gambar di atas.

Jangan lupa untuk mention @myumobile dan masukkan juga hashtag #UnlimitedPassion, #UnlimitedGrooves, #UMobileMY and #UMobileXGDragon dalam caption video korang ya.

Oh, nak tahu video apa yang korang boleh buat untuk sertai peraduan ini?

Masa tengah buat kek kat dapur, boleh lah record gaya korang tiru G-Dragon sambil menyanyi ke. Hehe

Masa tengah work-out pun boleh!

Ha, korang boleh menyanyi apa-apa lagu G-Dragon dan ikut gaya dia masa korang tengah buat apa-apa aktiviti asalkan nampak natural dan kreatif untuk dipilih sebagai pemenang. Contohnya – menyanyi ala-ala G-Dragon, menari, mengemas rumah, mendaki bukit dan sebagainya. Boleh buat se-kreatif yang mungkin!

Mudah je kan? Ini beberapa langkah mudah yang korang perlu buat lepas dah upload semua video dalam Instagram:

Tip #1: Pastikan akaun Instagram korang di set kepada PUBLIC supaya senang untuk pihak U Mobile cek post korang.

Tip #2: Pastikan dalam post korang ada elemen berwarna OREN ya. Wajib ni!

Tip #3: Boleh guna emoji, editing tools atau apa-apa asalkan kreatif! Baru korang akan dipilih sebagai pemenang.

Hadiah menarik bakal menanti pemenang bertuah! Jom join!!

Hadiah utama bakal diberikan kepada x5 orang pemenang yang bertuah iaitu:

  • 3 pasang VIP tiket dan sepasang soundcheck passes bagi setiap pemenang

Manakala untuk hadiah saguhati pula bakal diberikan kepada x20 pemenang iaitu:

  • Sepasang tiket di U Mobile Zone

Apa tunggu lagi? Jom cuba nasib dengan sertai peraduan U Mobile ni. Mana tahu boleh memang tiket FREE!

Untuk maklumat lanjut, korang boleh check sendiri di akaun Instagram U Mobile untuk ikuti update mereka tentang peraduan ini. Link di bawah:

U Mobile Official Instagram

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×