berita

Ummi Nazeera Ingin Tamatkan Pengajian Sebelum Berkahwin

November 29th, 2012 | by Ai
Kini Trending

Menurut laporan Berita Harian, Ummi Nazeera yang suatu ketika dahulu terkenal menerusi drama bersiri Nur Kasih, telah menafikan dakwaan yang kononnya mengatakan dia akan menamatkan zaman bujang pada awal tahun hadapan. Pelakon ini turut memaklumkan yang dia ingin menamatkan pengajiannya terlebih dahulu sebelum merancang untuk berkahwin.

“Saya tidak pernah komen apa-apa mengenai hal ini (berkahwin). Tetapi, entah bagaimana, cerita ini boleh timbul malah ia mula diperkatakan sejak tahun lalu.

“Saya baru berusia 22 tahun… Perkahwinan bukanlah perkara yang boleh dibuat main-main. Perkahwinan bagi saya adalah sesuatu yang suci dan sejujurnya, saya belum bersedia untuk menggalas tanggungjawab sebagai isteri.

“Saya sudah menjelaskan kepada teman lelaki dan dia memahami. Kalau boleh, selepas pengajian tamat tahun depan, saya mahu fokus kepada perniagaan milik keluarga agar dapat mempraktikkan apa yang dipelajari.”

Menerusi laporan yang berasingan, Ummi turut mengakui dia tidak kisah bercinta dengan sesiapa, asalkan lelaki tersebut mempunyai latar belakang yang  baik.

“Saya tidak kisah bercinta dengan sesiapa pun, asalkan lelaki itu mempunyai latar belakang yang baik, beragama dan berpendidikan, itu sudah memadai. Bercakap tentang hubungan saya dengan teman lelaki sekarang, kami sudah lama kenal dan setakat ini tidak mempunyai sebarang masalah untuk bersama,” komen Ummi mengenai teman lelakinya.

SKIP THIS AD ×