berita

Uqasha Senrose Penat Bercinta

November 16th, 2014 | by Ai
Isu & Kontroversi

uqasha1

Lamanya tak dengar berita mengenai Uqasha Senrose kan? Iyalah, selepas putus tunang dengan Pekin dahulu, khabarnya Uqasha dah ada pengganti.

Malah, gadis ini sendiri mengakui bahawa dia sedang berkawan rapat dengan pelakon baru yang tidak kurang kacaknya iaitu Syafiq Kyle.

Artikel Berkaitan : Tak Mahu Bersama Pekin Lagi, Uqasha Akui Kini Rapat Dengan Syafiq Kyle

Terbaru, kami dengar Uqasha dah kembali solo. Aik, rasanya baru beberapa bulan ‘berkawan rapat’, alih-alih dah bersendirian? Macam pelik je.

Screen Shot 2014-11-16 at 2.01.02 PM

Menurut Cik Pang dari Harian Metro, pada malam Anugerah Skrin yang lalu, Uqasha datang seorang diri. Namun, ketika acara tersebut, dia dilihat mesra dengan seorang pelakon lelaki lain.

Nak tahu siapa? Haa, pelakon tersebut adalah Aman Nassim. Sahih atau tidak, hanya Uqasha yang tahu.

Namun, menerusi laporan Melodi sebentar tadi, nampaknya Uqasha masih memberikan jawapan yang klisè mengenai hubungannya dengan Syafiq. Malah, dia turut mengakui sudah penat untuk bercinta.

Kitorang kawan je, tak ada lebih tak ada nak bercinta-cintalah. Dah penat. Lagipun, Uqasha nak fokus karier dulu. Kami tak adalah intim pun, biasa je.

Hmm, kami pun pelik. Siapa sebenarnya kekasih Uqasha masih menjadi tanda tanya. Namun, nasihat kami, memang tak salah nak berkawan, tapi jangan sampai mempermainkan mana-mana perasaan sudahlah.

SKIP THIS AD ×